TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Friday, December 30, 2011

Gayat SeMacam...

Emmm ketidakpuasan hati betul la.. ada jek yang tak kena. Maybe bukan ni masanya yang sesuai..huhuhu dah lepas pun kejadian ni.

Situasi : dalam wayang
Masa   : tengahari kot
Movie  : suatu malam kubur berasap

Nak dijadikan cerita masa tengok movie ni, aku n mr R amik seat tepi sekali sebab tu jek seat yang ada. Elok jek kitorang duduk terdengar bunyi-bunyi bising belakang kitorang dengan ala-ala gedik. Ada la sorang minah ni tak abis-abis wat haruk kat belakang aku. Cakap tu kalau slow takpe la. Ni siap kua lagi loghat utaranya. Ayat yang aku ingat “ni boleh update kat status FB ni” pastu membe dia lagi sorang cakap “haa kang boypren aku baca mampus.mesti dia cakap aku hantar ang jauh-jauh suruh blaja bukan pergi tengok wayang” terus membe-membe diorang gelak. Nampak sangat la kan budak-budak lagi.
Yang aku tak bley blah, sebelum start wayang mesti lampu terbuka kan bagi mudah orang lain nak masuk cari seat. Yang minah utara ni tak abis-abis tanya kat membe dia yang sorang ni “pasai pa depa tak tutup lampu lagi ni” pastu membe dia cakap “movie da start baru la tutup lampu tu” haa Nampak sangat tak pernah masuk wayang kan. Patut la haruk semacam. Tetiba Mr R sebelah aku bisik “ budak kampung kalau tak pernah masuk wayang camtu la,gayat semacam” hahaha terus gelak aku macam tak caya Mr R cakap camtu sebab Mr R ni nak kutuk orang lain susah sikit maybe dah panas hati sangat la tu. Before movie start ada la iklan-iklan movie yang akan datang. Masa tu kluar iklan cerita papa I love u,kluar part si mia. Terus minah-minah belakang aku jerit “miaaaaaaaaa…..” perghhh ko ingat ni tengok kat rumah ke?? Paneh jek tlinga ni..
Hope lepas ni takde la aku jumpa lagi minah camni. Hilang mood nak tengok cerita. Huh!!!!!!! 


Monday, December 26, 2011

My E-Day

Assalamualaikum semua…  susah betul aku nak amik mood update blog ni. Baru kali aku terasa nak update cepat sebab telah berlaku peristiwa yang bersejarah dalam hidup aku. Kali ni aku nak kongsikan kejadian yang benar telah berlaku pada hari sebelum dan semasa majlis aku nak dijalankan..
Tanggal 24 disember 2011 telah diadakan tiga majlis dalam masa sehari. Tengahari majlis merisik dan pertunangan , petang selepas asar majlis cukur jambul dan malamnya kenduri doa selamat. Sehari sebelum majlis ni macam2 dugaan yang aku dapat.  Pagi 23hb tu aku pergi ke giant nilai untuk beli kek sebagai hantaran. Yang aku bengangnya aku dah beli kek kedai king dalama giant tu. Pastu belum selesai aku tulis kat kertas, pekerja kedai tu dah sibuk tulis atas kek tu dengan tulisan tak cantik dan kecik. Perghh lagi aku bengang. Aku tanya kenapa tulis kecik sangat sedangkan ada ruang nak tulis besar. Dengan selamba dia jawab “dah tulis pun kak” macam tutttttttt… selamba jek jawab camtu. Ok takpe aku cuba sabar jek. Dah la malam semalamnye aku baru sampai rumah aku tengok coklat yang aku tempah salah nama. Nama Razis jadi Rozis. Dah la beli mahal-mahal. Serius memang aku tak puas hati sebab tu aku jarang beli barang online. Tengahari razis call aku dan beritahu yang rombongan famly  dia tersangkut kat RnR Tangkak sebab van rosak. Aduhhh dugaan lagi. So aku beritahu razis apa-apa hal call aku dan sampai ke petang dalam kul  6 razis call lagi beritahu yang mak dan ayah dia kena tunggu van ganti yang datang dari johor.. perghh dah la jauh pastu nak kena tunggu lagi. Memang kecian la.. nak tak nak kena tunggu la van dari johor tu. Malam tu memang busy takyah cakap la kan. Banyak kerja nak buat. Dalam kul 12 lebih aku call razis lagi tanya keadaan famly dia camne. Kul 11 malam baru van sampai dari jauh.  Memang penat menunggu jelah.
Pada hari pertunangan aku, razis call beritahu yang famly dia datang lambat sikit sebab famly dia kena keracunan makanan. So semua kena cirit birit akibat makan nasi goreng kat RnR semalam. So masa perjalanan banyak kali berhenti. Dah la semalam van rosak dan masa majlis kena cirit birit pulak. Memang dugaan.
Walaupun banyak dugaan yang mendatang, Alhamdulillah majlis tetap diadakan dalam keadaan sederhana. Kini aku telah bertukar gelaran sebagai tunangan orang. Tunang kepada En Razis Abdullah.  Macam tak caya pulak dah bertunang.hehe. So lepas ni dah sibuk nak pikir pasal wedding pulak.  Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada famly,cousin,uncle n aunty yang banyak tolong bekerja keras semasa majlis dijalankan.  Pada kengkawan yang aku tak ajak tu insyallah kahwin nanti aku ajak dan anta kad kat korang ye..hehe.. Doakan hubungan aku dan razis akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin. 


3 beradik perempuan

ni lah coklat yang salah nama

nasib baik yang ni ok sikit walaupun ada salahnya

inilah tunang saya.. :)


Wednesday, December 14, 2011

KoRaNg BesT..!!!!!

         Ini salah satu peristiwa sebab dan penyebab aku tak dapat update N3 baru. Belum puas beraya lagi,dalam musim raya aku dah sibuk dengan Team Pencak silat. Cuti raya just seminggu je kalau boleh sebulan raya sebulan la nak cuti.haha tak dapek do..  Raya ke 7 aku da naik kerja dan bermula latihan pusat silat untuk Kejohanan Piala Timbalan Perdana Menteri  IPT. Kejohanan ni ada 2 kategori,  iaitu kategori IPT dan kategori Antarabangsa. Aku di amanahkan untuk menjadi pengurus pasukan IPT dan pasukan Malaysia. Aku terasa agak beban sikit sebab nak jaga pesilat-pesilat yang agak ramai yela  dua team memang la ramai. So aku amik assistant tuk menjadi pengurus pasukan IPT dan aku pengurus untuk pasukan Malaysia.(bukan lantik sendiri tapi coach yang lantik yek.)
          Bermula latihan pusat kerja aku makin bertambah untuk menguruskan borang pendaftaran,medical chekup dan sebagainya. Ingatkan senang jek jadi pengurus pasukan ni rupa-rupanya haaa hamik kaww haha… setiap hari aku akan balik kerja jam 11 or 12 malam sebab latihan pusat ni dari pagi sampai la ke malam. Pagi aku kerja macam biasa, habis waktu kerja aku akan turun gelanggang tengok keadaan pesilat. Agak seronok tengok pesilat membuat latihan sebab ramai. Lupa lak nak cerita yang pasukan Malaysia dipilih dari selection  yang telah dijalankan dan di sertai oleh pesilat-pesilat dari berlainan IPT. Tu yang macam-macam perangai ada. Semuanya membuat aku terhibur dan seronok. Hilang rasa penat.
           Kejohanan ini diadakan di Berjaya Times Square,memang makan masa la tuk perjalanan.  Dan di hari yang sepatutnya kami gerak jatuh pada tanggal birthday aku. Pagi-pagi bangun tido aku dapat hadiah coklat ferero roche,ntah betul ke tak aku eja tu.hehe thanz my housemate.sayang lebih la. Datang tempat berkumpul, budak-budak silat siap nyanyikan lagu birthday untuk aku.wah terharu..hahaha.. nasib baik tak kena baling ngan telur n tepung.
           Bermulalah  seminggu aku berkampung di Berjaya Times Square tapi penginapan di Kampung Baru. Cukup la seminggu aku duduk kat KL, jalan tak yah cakap la memang memanjang jem saja. Bila kejohanan da start setiap hari kitorang akan gerak jam 7.30 pagi dari kampung baru sedangkan game start jam 10.00 pagi.huhuu ni semua disebabkan jem. Seronok bila ada pertandingan, macam-macam sorakkan yang ada sampai budak-budak ni sesuka hati menukar lirik lagu. Jangan lupa lirik yeye…dan tak lupe trademark kami “emmmmmmm” (sambil senyum). J
           Di akhir hari pertandingan team Malaysia akhirnya dapat bawak balik Piala timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini dimenangi team Singapura. Alhamdulillah team Malaysia dapat 12 Emas 6 Perak 3 Gangsa. (kalau tak silap la) dan Team IPT dapat 1 Perak 4 Gangsa. Habis je game aku pun terus cuti 5hari.hahaha bayar balik hutang untuk beraya tapi tak beraya sangat pun janji dapat jumpa My love hehe. Tahniah semua!!! Aku betul-betul rindukan semasa kejohanan ini berlangsung walaupun agak penat tapi Team Malaysia n IPT, korang memang best.. Terima kasih banyak sebab bagi kerjasama yang tak terhingga dan tak lupa my coach sebab beri kepercayaan untuk memikul tugas ni.. Love u all… mmmuuuaahhh!!!!  Ok jom layan picture and video semasa kejohanan berlangsung. Ermmmm..!!!! J
wif pesilat puteri

my coach AHMAD FAIZAL @ ABG PEJA  di interview wartawan dari channel sukan arena astro.. famous derrr!!!!

i miss this moment...!!!                          

terbaikkkkk!!!!!


team pencak silat UTHM n MALAYSIA


Tuesday, October 11, 2011

RaYa..RaYa..RayA..

Assalamualaikum.. fuhh lama betul rasa nye tak jenguk n update apa-apa N3 yang sepatutnya. Rindu betul dengan blog  Ini Si dia Chenta Hatiku. Almaklumla agak busy dengan macam-macam aktiviti. Banyak juga cerita yang aku nak kongsi setelah pendam jek dalam kepala otak ni. Yang penting-penting jek aku nak ceritakan dan yang agak menarik sepanjang aku tak update blog ni Hehe…  mula-mula aku nak cerita masa aku beraya. Yela tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai seorang perkhidmatan awam. So agak meriah la sebab dapat duit raya.(bonus) tu yang best nye..hehee
Aku mula balik kampung hari jumaat lepas kerja dan aku la orang pertama yang balik rumah mak. Mak panggilan untuk nenek aku bukan bonda yek sebab bonda aku dipanggil mama. Jangan tanya kenapa sebab panjang ceritanya.huhu.. Keesokkan harinya baru lah makcik, pakcik,sepupu2,abang2 n mama ayah balik. Bila semua da balik barulah terasa meriahnya. Tahun ini turn rumah mertua. So tak la semua balik dan adik beradik famly aku yang ada famly abg ngah,aku n tira(adik). Abg long dan kakak balik rumah mertuanya. Benda yang aku paling suka buat masa nak raya ni ialah anyam ketupat. Tak semua orang reti dan tahu nak anyam tau.hehe tu yang bangga sikit.
Tahun ni pagi raya lain sikit sebab lepas solat raya terus siap-siap pergi ke rumah pakcik di muar,dekat jek ngan rumah mak. Di rumah pakcik baru kitorang bersalam-salaman n bermaaf-maafan,tak tinggal sesi photographi. Tu perkara wajib.hehe. Pastu destinasi seterusnya ke parit jamil untuk menziarahi kubur arwah atok hashim dan pergi kerumah tok andak. Tiap-tiap tahun mesti pergi. Satu hari suntuk kitorang beraya sampai la ke malam. Selalunya lepas solat raya mesti pergi rumah atok belah ayah tapi tahun ni lain sebab atok da takde(meninggal dunia) so plan tu berubah sikit tapi still lagi pergi ke rumah atok belah malamnya. Raya pertama memang tak duduk rumah la. Penat sangat-sangat k. walaupun da bekerja aku still lagi dapat duit raya ye sebab tak kahwin lagi..thank you my lovely aunty n uncle..sayang lebih la..hehehe.
Raya kedua dikampung selalunya marhaban lelaki dan raya ketiga marhaban perempuan. So memang duduk rumah jela tak kemana. Dan nak jadi cerita tahun ni raya kedua dan ketiga rumah mak tak berhenti orang datang beraya dari lepas orang marhaban sampai la ke malam. Raya ketiga pun macam tu jugak..aduhhh!!!! penatnya tak terkata. Sampaikan My lovely ngajuk la jugak sebab aku busy sangat kat dapur..huhu.. rasa macam nak uluy tapai kakai ( urut tapak kaki)!!!!…  tahun ni raya takde sangat la aku beraya. Banyak duduk kat rumah je,aku tak tahu kenapa. Maybe tahun ni last aku beraya berstatus single..next year maybe berduet???? Huhuhu..insyallah kita hanya merancang..ALLAH yang menentukan..jom cuci mata jap.. :)

wif Ayah Mama N tira. tema hijau turkois..tapi da macam biru..

sebahagian famly Hajah Sapiah yang beraya di kampung tahun ni.
wif kazen2 yang best.....
suka sangat pict ni wif ayah.. ayah style ala2 johorean..
Duit raya pertama untuk tahun ni..hehehe
amacam?? style kan kazen2 aku yang bajet encem ni..huhuhu..
iklan raya next year..model2 iklan..haha perasan lebih..

handset raya pada tahun ini. da macam kereta mainan da.. cer teka aku nya mana satu..hehe

Tuesday, August 16, 2011

ApA KoRanG RaSA ????


Dalam hati ni hanya ALLAH yang tahu dan memahami apa yang dirasai. Just nak ask and share kat korang...

Apa korang rasa bila korang janji nak keluar dengan bf pastu bf datang lambat? 
Kompom korang marah kan tapi boleh timbang rasa lagi. 

Apa korang rasa bila bf korang dah sampai dirumah korang tapi bf korang pergi gunting rambut dulu alasan hujan so tak boleh nak keluar sekarang?
Kompom bengang kan sebab dah la sampai lambat pastu sempat nak g gunting rambut lak..

Apa korang rasa bila korang tengah marah tapi tidak dipujuk oleh bf?
Mesti rasa sakit jiwa kan sebab macam takde perasaan jek dah la wat salah tapi buat macam takde apa-apa yang jadi.

Apa korang rasa bila bf masuk dalam kereta tapi sepatah haram pun tak cakap apa?
Lagi bertambah bengang macam tempat duduk sebelah kita takde orang kan.

Apa korang rasa bila korang yang kena drive jalan jauh sedangkan bf kat sebelah tido?
Emm yang ni leh consider sikit la sebab mungkin bf penat. Tapi bagi korang tak tahu la camne. Maybe ada yang panas hati gak.hehe

Apa korang rasa bila bf sibuk dengan handset die yang asyik ada orang call saje?
Dalam hati mesti berkata“dengan aku tak nak cakap dengan orang lain cerita huha sane sini’

Apa korang rasa bila da sampai tempat yang ditujui bf terus turun dari kereta dan jalan sorang-sorang macam dia datang naik teksi tapi tak berbayar la dan terus jalan dan jalan sorang-sorang. Yang korang ni pun ikut je belakang bf yang jalan sejauh lebih sedepa?
Kompom marah sangat-sangat sebab tak pujuk langsung dan buat bodoh macam korang ni tunggul kan. Baik jalan sorang-sorang takyah bawak bf. Takda motif bawa bf kalau tahu jadi camni.

Apa korang rasa bila akhirnya korang dituduh oleh bf sebab ikut kepala sendiri , tak fikir perasaan orang lain, ikutkan hati keras sangat dan macam orang takde perasaan?
Dan semestinya dalam hati dah terbakar hampir hangus sebab di tuduh macam-macam. Bengang tahap gaban la. Kalau korang mesti dah sumpah serana dalam hati kan.

Jiwa dan hati perempuan ni tersangat la halus dan cepat tersentuh jika orang yang di sayangi membuatnye terluka dan dalam sekelip mata air jernih akan mengalir jua seperti hujan yang tak akan berhenti. Sentapppppppppp !!!!!!!!!!!!!



Wednesday, August 3, 2011

RamaDhaN MenJeLang TiBa

           Ahlan wa sahlan ya ramadhan. Pengumuman berpuasa telah dibuat tapi atok lain yang mengumumkan bukan atok yang sebelum-sebelum ni. So kali ni bila dengar pengumuman puasa tu kurang excited sebab atok yang baru ni bila buat pengumuman laju je bila cakap. Kalau atok yang lama slow-slow je cakap boleh jadi nervous nak tahu pengumuman tu.hehe. sebab tu orang selalu cakap ‘lain orang lain caranya’ maybe atok yang baru ni nervous kot tu yang buat pengumuman laju jek cakap..hehe sory atok baru saya gurau jek..maaf..maaf..maaf..
           Alhamdulillah 1st day puasa aku dapat bersahur dan berbuka dengan famly dalam keadaan yang sederhana saja. Petang tu sempat juga la aku pergi bazaar ramadhan kat mantin. Bila sampai kat bazaar aku dapat rasa something yang membuat aku mengingati seseorang. Yaa.. baru aku teringat, puasa tahun lepas aku selalu pergi bazaaar ngan my love aku. Patut la tahun ni rasa semacam je. Rindu nak jalan-jalan kat bazaar wif my love. Tahun ni dapat berbuka sama-sama ke tak ye. Yela masing-masing dah duduk jauh so makin terasa sunyi n syahdu la dalam bulan puasa ni. Perghh ayat syahdu gitu.hehe
So sekarang jadi la anak perantauan. Makan tuk berbuka dan sahur pun ala kadar saja. Tak elok membazir kan nak kahwin so kena la berjimat cermat.. kahwin?? Yeke nak kahwin?? Tteettttt!!!!!!!!! Ok

 tak elok membazir. membazir amalan syaitan. baik simpan duit untuk kawen..hehee

            Kawan-kawan selamat menjalani ibadah puasa. Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati kawan-kawan samaada dari segi percakapan atau perbuatan. Tiada manusia yang perfect di atas muka bumi ni. 0-0 k.. 
 0-0 yek..

DuRian SeaSoN 2011

          Delian delian sape mau ini delian??? durian durian siapa mau durian.tu sebenarnya hehe.. Kan kita selalu dengar kat pasar malam or orang jual kat tepi-tepi jalan yang apek-apek cina jual mesti cakap cenggini.
          Tahun ni kat dusun ayah musim durian nye hampir nak ke bulan ramadhan. Kiranye dalam bulan syaaban la musim durian kali ni. Tiap kali musim durian mesti banyak hot topic yang akan jadi bualan. Elok-elok dah kumpul pahala berbakul-bakul jadi tinggal suku bakul jek sebab banyak sangat hot topiknye.huhu..
          Macam-macam perangai n ragam orang yang datang beli kat dusun ayah ni. Ada yang buat macam kebun sendiri, ade yang wat macam kebun bapak dia pastu harga nak murah. Hadoyai nak murah macam mane lagi? Cer pergi beli kat tepi jalan dapat ke harga macam kat dusun ayah? Pastu ayah siap tambah buah lagi k. Prinsip ayah senang jek dalam beli jual durian ni. Harga tak boleh kurang tapi buah boleh tambah. Kalau ada buah rosak n tak masak boleh buat gantirugi. Yela nama pun buah durian. Isinye kan kat dalam bukan kita nampak isinye banyak ke, kuning ke, masak ke dan banyak lagi ke.hehehe. Bila orang yang datang untuk beli durian, ayah mesti bagi rasa dulu dengan percuma tapi taklah sampai kenyang. Nama pun bagi rasa tapi ada gak yang makan sampai kenyang pastu beli rm10.00 jek.. pergghhh tu yang tak boleh blah tu. Ni olang pun ada ka??
           Selama 4tahun aku tolong ayah musim durian memang banyak kenangan yang best. Mase tahun 2009 aku la assistant ayah bahagian kewangan.hehe yela time tu cuti sem panjang so bila aku jaga bahagian kewangan orang yang datang urusan jual beli durian semua mesti bayar kat aku. Ayah just tukang memilih buah yang terbaik mengikut kategori. Kalau bab nak meng ‘sound orang semuanya serah kat aku. Direct aku akan cakap dengan orang tu kalau orang tu buat macam kebun bapak dia.hahaha..peduli apa aku.
           Dan masa musim durian ni lah baru aku tahu kategori durian dan nama-nama durian contohnya D24, TaiHong, D28, IoI, D2, Durian Kawen, Durian Kampung, Durian Hutan, Durian Kunyit dan yang terbaik dan mahal Musang King n Udang Merah. Kat Mantin ada beberapa pokok je durian Musang King n Udang Merah. Sekarang ni pun durian dah nak penghujung musim. Kepada kawan-kawan yang tak sempat datang pada musim kali ni kita musim tahun depan yek Insyallah..hehe.. 
Jom layan antara beberapa picture yang sempat aku snap... Layannzzzzz

jenis-jenis durian TAI HONG, D24, D28, IOI, D2, DURIAN KAMPUNG, MUSANG KING, UDANG MERAH, DURIAN KAWEN N LAIN-LAIN..

pilih bang jangan tak pilih.. dont judge a durian by a cover..hehehe
berderet kereta yang datang..hari sabtu n ahad mesti park kereta sampai keluar dusun

ini lah owner @ tuan tanah @ tokey/bos dan merangkap ayah aku.hehe

turut disediakan customer servis..hehe

nikmatnye dak kenit ni makan.. yummy..yummy..!!!!




Thursday, July 21, 2011

TanYa PadA HaTi ... ???

kenapa mesti cemburu??
siapa kau pada si dia ???
kenapa mesti marah??
apa salah dia??
kenapa kau mesti benci??
apa yang si dia dah buat pada diri kau??
kenapa jiwa kau kacau??
bila nak  hati kau nak tenang??
kenapa masih menunggu si dia??
perlu ke kau menanti lagi??
bila nak gembirakan hati sendiri??
telah ditentukan dan ditetapkan dan termaktub yang si dia bukan untuk kau. 
untuk apa kau menantikan sesuatu yang belum pasti kau yang punya..
sudah-sudah la.. 
hargai la apa yang ada depan mata kau tu.
hidup dengan realiti bukan fantasi.
setiap apa yang ditentukan tentu ada hikmahnya.
pandang ke depan jangan toleh ke belakang...
kau akan dapat yang lebih baik dari sebelumnya..

Monday, July 18, 2011

NuR KaSiH ????


Kisah Adam , Nur Aminah dan Aidil
Baru kali ni aku berkesempatan tengok cerita Nur Kasih. Tu pun aku tengok download di www.malaymoviesfull.com Banyak gak komen yang aku terima dari kawan-kawan. Sepupu dan makcik aku semuanya cakap masa drama lagi best dari movie. Aku pun pelik jugalah kan takkan movie tak best langsung. So setelah habis tonton movie nur kasih ni aku rasa not bad jugalah movie ni. Ada jugak jalan cerita yang menarik dan lokasi penggambaran pun agak cantik. 

Jalan cerita movie ni agak mudah untuk aku memahami. Starting saja da mula babak sedih. Bagi aku movie ni memang best. Penghujung cerita pun boleh membuat aku mengalirkan air mata. Suci n teguh cinta antara Adam dan Nur Aminah. Aidil pula sentiasa memegang pada janji yang akan setia berada di sebelah Nur Aminah walau apa jua keadaan sekali pun. So sweet!!! Agak-agak bila aku dah kahwin cinta aku dan suami akan macam tu jugak tak??? Tetttttt!!!!! Hehe.. takdir dan masa akan menjawab persoalan tu.

Sunday, July 3, 2011

R.I.N.D.U

Sejak dua,tiga hari ni saya asyik ingat pada awak saja. Saya rasa macam awak dekat dengan saya, lama dah kita tak contact kan. Awak dah lupakan saya ke?
Genap sebulan rasanya kita dah tak contact tapi ingatan saya pada awak still ada. Tak pernah luput pun dari ingatan saya. Di sinilah tempat luahan saya. Saya tak tahu nak luahkan pada siapa. Saya rindukan awak tapi bila saya ingat balik apa yang awak dah buat pada saya tetiba perasaan rindu semakin berkurangan.
Saya cuba kuatkan hati dan jiwa saya untuk melupakan awak tapi tetap tak boleh. Saya tak tahu kenapa. Bila saya teringatkan awak mesti saya teringat dengan kata-kata awak. Sampai sekarang ke awak masih pegang kata-kata tu yang awak sayang saya dunia dan akhirat?
Saya selalu mengharapkan awak sentiasa dalam keadaan sihat walaufiat dan sentiasa mengingatkan saya. Saya terlalu rindukan awak.

Monday, May 16, 2011

iTs My HoLiday!!!!!!!

             Seminggu sekali aku akan update blog aku sebab apa sebab tiap-tiap minggu aku balik rumah mama. Di rumah mama line tenet laju sebab mama pakai streamyx. Itu yang aku mengupdate seminggu sekali.hehe.. 4 hari aku bercuti minggu ni. Dari hari sabtu sampai lah hari selasa. Kali ni aku balik aku terasa kepuasannya sebab aku berkesempatan berjumpa dengan My Love before My Love bercuti panjang pulang ke kampung.

            Hari sabtu jam 12.00 tengahari aku tiba di rumah. Sampai saja dirumah,mama tengah masak untuk makanan tengahari. Memang best la walaupun lauknya agak simple iaitu ikan goreng sambal dengan sayur bayam goreng. Memang sedap masakan air tangan seorang ibu. Dalam jam 2.00 petang, Abg ngah sekeluarga sampai dari Subang. So lagi meriah la rumah aku dengan ramai nya anak-anak buah yang ada. Malamnya pula aku keluar makan dengan mama,tira dan kakak serta anaknya yang 2 orang yang banyak cakap tanpa tahu erti penat bercakap.

            Hari ahad aku kena bangun awal sebab aku kena tolong mama di sekolahnya sebab ada sambutan hari ibu. So aku ditugaskan untuk mengambil kek yang telah ditempah khas di kedai kawan aku dan aku kena ambil tempahan makanan di kedai makan kawan aku juga. Tengahari aku just lepak2 di rumah dan malam nya pula its time to berlibur.hehe.. Jam 8.00 malam kawan aku Anis dan Abang yang sengal Ikhwan datang jemput aku dirumah. Kami bertiga berkaroke di My Idol Nilai. 2jam tu berkarok. Memang puas hati la. Puas jugak aku melalak lagi-lagi lagu yang rock. Aku dengan Anis main nyanyi saje walaupun tak tahu..hahaha…  elok saja aku melalak dengan Anis tetiba kawan Ikhwan lak smpai. Perghh nasib baik dah abis melalak baru kawan dia masuk,kalau tak jatuh saham.haha.. Ikhwan abg anis ni adalah seorang anggota polis so malam yang aku lepak tu semuanya dengan polis-polis. Tapi layan kan aje. Dan yang paling puas hatinya malam tu Ikhwan bukak payung besar senang cerita besar macam payung burger.haha.. karok dan Makan di payung oleh Mr Ikhwan. Terima kasih bos..!!!

                Hari isnin pun aku agak busy semacam la. Pagi ayah hantar kereta masuk bengkel untuk tukar  cermin yang  dah retak. So nak claim insurans kenalah buat report dibalai polis. Di sebabkan kereta atas nama mama so mama yang kena buat report . aku just meneman kan mama sebab sebelum ini tak pernah lagi nak buat report apa-apa. Sampai dibalai polis berdekatan, masuk-masuk saje takde orang yang sambut. Fail betul la. Pastu nasib baik ada Bro Awe kira kenal la juga. Dia yang suruh tunggu. Ok la boleh la aku dengan mama tunggu pastu mama siap duduk berdepan anggota polis yang bertugas di kaunter membuat report tersebut. Polis yang bertugas tu dah lah perempuan. Dia boleh buat tak tahu jer dengan mama. Sikit pun tak nak tegur cakap tunggu kejap ke, ada apa-apa yang boleh bantu ke..huh!! takde berbudi bahasa langsung. Macam mane la orang ramai nak hormat polis kalau macam ni la perangainya. Lepas tu kalau ada anggota lelaki mula lah nak mengedik. Perghh gedik siot. Dalam 10 minit jugak la aku dengan mama tunggu baru lah ada polis india yang ambil report mama. Di atas meja kaunter tu ada borang aduan, aku da pandang mama bagi signal. Mama cakap isi la pastu cari pen dalam beg takde pulak. Huh!! Takpe-takpe,aku ambil nombor badan anggota wanita tu. Sampai sekarang aku ingat.167236.. jangan disebabkan kau seorang semua aku benci ..kau pikir kau polis aku takut?? Silap besar la terr..hahaha… balik rumah tahu-tahu ayah dah masak. Perghh sedap seyy ayah masak udang sambal petai. Pastu mama masak ikan bawal goring cili api. Pun sedap sangat hingga menjilat jari.hehe.

                     ini la sambal udang petai yang ayah masak. sory comot sikit mangkuknye..hehee

                                           ikan bawal goreng cili api yang mama masak..sedapppppp

              Lepas zohor aku bersiap-siap nak keluar dengan Anis. Program nya nak pergi tengok kawan baik kami yang baru saja dapat baby dan seterusnya nak pergi tengok wayang cerita KONGSI. Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita kongsi walaupun bengang dengan My Love sebab dia da tengok dulu cerita tu.Huh!!..

                    anak kawan baik aku..comey sangat betul-betul ikut muka ayahanda baby ni. 

              Selasa lastday aku bercuti. So petang nya aku kena pulang Parit king. Aku balik tak keseorangan, nasib baik ada membe yang temankan. Takde la boring sangat.  Before balik sempat la aku cuci my Baby Myvi yang sekian lama tidak dicuci. Bukan pemalas tapi keadaan cuaca dan masa yang tidak mengizinkan.hehe.. Puas jugak basuh sendiri dari asyik hantar kat carwash saje. Kepuasan terpancar di muka..hehe..  Tenang hati n otak aku untuk cuti kali ni. Yang penting enjoy!!!!!!!!!

Saturday, May 7, 2011

EngKauLAh RaTu HatiKu..

ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka 
engkau hiburkan hati ku selalu..
ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku..

           Dari kecik sampai la ke besar semua orang akan tahu lirik lagu ni. Tipulah kalau ada yang tahu lirik lagu ni dan aku sendiri membesar dengan lagu ini. Tak tergambar pengorbanan seorang ibu dan tak ternilai harga susu yang diberi oleh ibu kita. 
Panggilan untuk seorang ibu ada macam-macam seperti IBU,MAMA,MAK,MUMMY DAN UMI. Aku memang dari kecik telah di ajar untuk memanggil orang  yang melahirkan aku adalah MAMA. Banyak yang telah di ajar oleh mama pada diri aku. Aku tak tahu macam mana nak menceritakan tentang pengorbanan mama sebab tak terkata pengorbanan itu. Aku sayang sangat dengan mama. Pernah aku mengalami dilemma yang amat sangat dalam memilih teman hidupku.. Mama lah tempat aku meluahkan segalanya dan mama juga telah membuka mata aku untuk memilih siapa yang berhak aku pilih. Betul lah kata orang restu seorang ibu adalah berkat. Tanpa restu seorang ibu ibarat tiada haluan.


           Aku ni dari belajar sehinggalah bekerja merantau saja di negeri orang. Beberapa bulan yang lepas,aku pulang bercuti di rumah dan dalam masa yang singkat saja aku dapat meluangkan masa dengan mama. Bila tiba aku nak balik, baru nak mula drive aku nampak mama menitiskan air mata. Aduhhh..terasa bersalah pula dihati ini sebab tak dapat meluangkan lebih masa yang lama bersama mama. Berdosa kah aku membuat mama menitiskan air mata???  Bukan aku sengaja untuk membuat sebegitu Cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Aku sayang sangat-sangat dengan mama. Tidak siapa yang dapat mengantikan tempat mama. Seburuk mana sekali pun beliau adalah mama aku. 
LOVE U SO MUCH MAMA.. 
HAPPY MOTHER DAYS TO PUAN RAFIKAH HASHIM. 
ENGKAULAH RATU DAN SUMBER ILHAMKU..
ANAK MU INI SENTIASA MENDOAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN KEBAHAGIAAN MAMA DI DUNIA DAN AKHIRAT.  

Wednesday, April 27, 2011

PesTA BuKu..

Ini la kali pertama aku dapat pergi ke pesta buku. Sebelum-sebelum ni takda kesempatan untuk pergi disebabkan merantau mencari ilmu di negeri orang.hehe.. Dalam hati ni memang excited la dapat pergi sebab memang saat ni aku nantikan. Jam 12 tengahari baru la aku sampai di PWTC. Tujuan utama aku nak cari booth KARANGKRAF sebab aku tahu apa yang aku nak mesti ada kat situ. Elok je aku jalan dengan member aku tetiba member aku bersuara "kita cari mesin ATM dulu ya sebab tak sempat nak keluarkan duit pagi tadi la" aku pun jenis tak kisah "ok jom tahu ke kat mana ada?" member aku berkata "dekat THE MALL" . Aku pun terus keluar pergi ke THE MALL dan terus lunch kat CHICKEN HUT. 
Lepas lunch barulah aku teruskan misi yang tergendala tadi iaitu mencari booth KARANGKRAF. Akhirnya jumpa juga. dalam hati ni dah excited sangat terus aku pergi ke rak novel terbaru bulan MEI. Dalam hati alangkah sukanya sebab novel terbaru bulan MEI dari hasil penulis kegemaran aku iaitu ANIS AYUNI. Dah lama aku tunggu novel terbaru darinya. tajuk novel ni CINTA YANG KURASA. dengan cover buku yang berwarna kegemaran aku warna puprle dan designnya yang agak simple memang menambat hati la katakan..Itu belum baca lagi tu. Kompom menyentuh jiwa hehe. 
                                 novel ini tak sempat lagi untuk di baca..


Di booth KARANGKRAf saja aku dah rembat(bayar ok) 4 buah novel tapi 2 novel member baik aku punya. dia kirim. Dan novel lagi 1 aku beli novel hasil penulisan SITI ROSMIZAH. Ini pun salah seorang penulis kegemaran aku sejak aku mula membaca novel ANDAI ITU TAKDIRNYA. Novel yang kedua hasil penulisan beliau ialah CINTA KAU DAN AKU dan yang paling bestnya aku dapat berjumpa dengan SITI ROSMIZAH siap bergambar lagi.hehe..suka sangat-sangat dan tak lupa aku sempat mencapai membeli senaskah AL-QURAN covernya warna purple. 
suka sangat-sangat novel..cerita yang sangat menarik..


                                  saya suka bab ni..suka sangat-sangat


                                   senaskhah AL_QURAN yang sempat dibeli..


Dah habis 1 PWTC aku tawaf dah tiba masanya untuk pulang ke tempat asal kerana esoknya hari bekerja ya bukan hari cuti.hehe.. Kalau lebih sehari  di PESTA BUKU pun aku sanggup. Walaupun agak penat tapi berbaloi-baloi aku rasa. Puas dan Seronok. :)
                        me wif penulis SITI ROSMIZAH.. penulis yang terbaikkkk!!!!!

Wednesday, April 20, 2011

HaPpY BiRtHDaY AwAk

20 APRIL ..  
Tarikh ni mengigatkan aku pada seseorang. Tarikh hari lahir si dia. Takde apa yang dapat aku berikan cuma ucapan selamat hari lahir. Aku harap si dia tak terasa dengan aku. Hadiah pun tak sempat aku nak beri. Sory ya awak. Kalau sempat saya poskan nanti ya. Kedudukan kita yang agak jauh ni susah la untuk saya celebrate birthday  awak tapi mesti ada orang yang akan celebrate birthday awak. Orang tu lagi bermakna dari saya. Saya faham itu tapi saya bahagia bila tengok awak bahagia walaupun awak ada mengatakan yang saya tak tahu awak bahagia ke tak. Saya sentiasa menggangapkan awak bahagia . 

SELAMAT HARI LAHIR AWAK. SEMOGA PANJANG UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI. SAYA SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN AWAK BERSAMA SI DIA. SEMOGA SIHAT-SIHAT SELALU DAN SAYA HARAP APA YANG AWAK IMPIKAN AKAN TERCAPAI.   INSYALLAH. 

saya wakilkan UPIN IPIN nyanyikan untuk awak ya.Hope awak suka :)

Friday, April 15, 2011

1001 PeRsOaLaN ....

Kenapa awak buat saya macam ni? 
Kenapa awak lupakan saya dalam sekelip mata? 
Kenapa awak tinggalkan saya? 
Kenapa awak boleh melepaskan saya macam tu saja? 
Kenapa awak dah tak suka kan saya? 
Awak dah tak cintakan saya ke? 
Mana janji-janji manis awak? 
Awak dah tak perlukan saya ke?  
Kenapa awak banyak berahsia dengan saya?
 Siapa saya di hati awak? 
Kenapa awak cepat berubah?
 Siapa saya di mata awak? 
Kenapa awak menjauhkan diri dari saya? 
Awak da tak nak jumpa saya ke? 
Jahat sangat ke diri saya di mata awak?  
awak tak sayang saya? 
awak da lupakan segala kenangan manis kita ke n bla..bla…. 

Macam-macam persoalan yang timbul bila sesuatu hubungan tu menjadi hambar. Bila saat-saat manis tak timbul pula persoalan-persoalan macam tu tapi bila dah nak berakhir terungkap segala persoalan yang negative. Sapa yang nak jawab persoalan semua ini? Takde sape kan.. jangan Nampak manis sahaja sedangkan pahit  akan ada bila-bila masa sahaja. 

TAK KENAL MAKA TAK CINTA..

Wednesday, April 13, 2011

SaYA BahAgiA BiLa DiA BaHAgIa..

saya sangat bahagia walaupun awak dah melupakan saya...
kenapa?? 
kerana saya tahu awak tak boleh melupakan kisah kita dulu..
mungkin dengan melupakan saya awak lebih baik
tapi????
saya akui untuk melupakan awak adalah sesuatu yang sangat sukar..
jadii??
saya akan bawa diri jauh dari semua ini untuk melupakan
semua kenangan bersama awak...
maafkan saya kalau saya tidak dapat menerima awak nanti
walaupun...
saya cintakan awak
sebab...
saya tak nak awak derita...
andainya awak ikhlas menerima saya
insyallah
saya akan menerima awak