TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Thursday, April 19, 2012

Ex BoYFrienD MenJaDi BFF= BesT FrieNd FoReVer

         Boleh ke EX BF menjadi BFF? Boleh caya ke EX BF ni? Selalunya EX BF ni ada muslihat tersendiri..huahuahua macam drama lak.. Yang tak leh blah siap nak lepak sama bukan dengan aku jek tapi ngan En Tunang skali. Bahaya gak ni nanti cite yang lama-lama mesti akan terbuka balik. Cukup la hanya sekadar kawan kot. Tak boleh guna istilah BFF ni kebarangkalian mesti timbul masalah. Aku banyak gak minta pendapat dari teman yang rapat, ramai yang memberi jawapan yang negatif. Satu pun takde bagi jawapan yang positif. So da besarkan pandai-pandai lah pikir sendiri.hehe.. Aku pernah terbaca status membe aku " saat SAHABAT menjadi KEKASIH, itu KETULUSAN.. saat BEKAS KEKASIH menjadi SAHABAT, itu KEDEWASAAN.." Emm ade betul jugak ayat ni.. tapi terpulang la pada hati masing-masing. Niat berkawan tu biarlah ikhlas. Berdosa kalau meruntuhkan satu perhubungan yang akan mendirikan MASJID. 

p/s : kepada yang berkenaan kalau anda membaca entry ni, saya minta maaf banyak2. ni sekadar luahan hati saya. Berkawan biar beribu berkasih biar satu. walaupun anda ikhlas melepaskan saya pada suatu ketika awak tetap menjadi kawan saya dan saya akan sentiasa ingat pesanan anda.  

Wednesday, April 18, 2012

NaSi GoreNg PLanTa.. Yummy..!!!

Alhamdulillah.. merasa gak aku nak makan nasi goreng planta.sebelum ni pernah gak buat tapi tak menjadi tu yang aku beriya nak makan kali ni tapi orang lain yang masakkan iaitu chef housemate aku..Kak Teh.. hehe.. Secara kebetulan time tu kitorang puasa ganti so nasi goreng planta la menu kami yang utama. Masak pun da nak masuk waktu magrib. Kelamkabut Chef Kak Teh masak dan secara tiba-tiba nasi goreng planta bertukar menjadi nasi goreng plastas = nasi goreng planta + pantas.. hahahaa asal boleh jek. Lepas magrib En Tunang kol seperti biasa mesti En Tunang tanya berbuka ape. Aku pun jawab la nasi goreng planta. En Tunang tanya "sedap ke? sebab abang masak tak rasa ape pun..berlemak jek rasanya" hahaha tu la nak kena pandai  ubah sikit2 jangan semata letak planta jek. Nanti sayang watkan tuk abang yek..hehe


 Inilah hasilnya.. terbaekkkk!!!!!!!

Tuesday, April 3, 2012

WeDdiNg = KaWeN

          Setiap hari bangun tido pergi kerja mesti memikirkan hal nak kawen.Hari-hari pikirkan planning tuk majlis sedangkan majlis berlangsung 2 hari jek tapi nak plannye berbulan huhuhu.. Sejak-sejak ni aku suka tengok blog photogrape yang amik picture wedding. Semuanya cantik-cantik.. jadi excited lak bila melayan picture-picture ni. Tak sabar pulak nak pre-wedding n outdoor wif my photogrape hehe.. Ada juga search survey2 tema untuk pre- wedding tapi tak tahu nak buat tema ape..macam-macam idea yang dapat. Pening jugak nak memikirkannya walaupun lambat lagi masa yang akan tiba.
         Ok aku nak suggest kan blog yang terbaik yang aku pernah jumpa. Empunya blog ni seorang photogrape tapi dalam blog nye bukan semata-mata picture wedding tapi ada jugak story yang menarik. Kisah dulu-dulu zaman budak kecik.Seronok membacanya. Lagi satu story yang asalnya aku memang tak tahu tapi dari blog ni aku boleh tahu cerita sebenarnya kisah tentang syria.kalau nak tahu blog ape klik di sini .... 

Monday, April 2, 2012

SorrY CHenTa HatiKu

uiisshhhh!!! Dah sebulan saya abaikan awak.. saya minta maaf banyak2 ye. 
Tiap kali saya nak bercerita kat awak mesti saya takde mood tapi saya rindu nak luahkan kat awak.. sory ye awak.. 
Walaupun banyak story mory yang nak dikongsikan mesti masa tak mengizinkan kite untuk bergosip n sharing2.. 
maaf ye awak saya takde niatkan pun nak abaikan awak.. nanti saya dah beli notebook or laptop baru, saya akan cuba untuk tidak mengabaikan awak. awak jangan merajuk dengan saya ye. 
saya sayang kan awak..
 awak la CHenTa Hati saya.

    Ini Si Dia ChEnTa HatiKu... ^ _ ^ 

Wednesday, February 15, 2012

SeLaMAt penGanTin BARu

Hye dear, sory dah lama tak update n3 sebab laptop rosak. Tu yang tergendala nak wat sesi luahan hati..hehe  rasenya tak terlambat tuk aku wish SELAMAT  PENGANTIN BARU pada si dia. Sorylah tak dapat datang wedding awak  sebab pergi bercuti dengan yang tersayang dan kalau dapat pergi pun saya takkkan pergi jugak..haha.. jauh kot..alasan semata-mata. Takpe insyallah apa yang saya doakan untuk awak akan sampai pada awak.  
SELAMAT PENGANTIN BARU.. SEMOGA BAHAGIA DAN KEKAL HINGGA KE SYURGA..
SYURGA CINTA..
lagu untuk awak.. baru lah best muzik lagu pengantin camni tak la macam lagu nak mati slow je rentak..huhuhuuu 


Sunday, January 15, 2012

MusuHnya Habis BiNaSa

NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN

Hoben Jang Hoben… Neeegeeeriiiii..!!!
Ni lah team kesayangan den. Dari kocik laie den memang peminat setia hoben jang hoben.
Alhamdulillah baru-baru ni hoben jang hoben monang dan pertamo kalinya dapat piala sumbangsih.
Kiranya penutup tahun lopeh, hoben jang hoben champions dan tahun ni pembuka hoben jang hoben champions gak.. Banggo den. Hahaha
Dan kali ni potamo den poie ngan Mr R nengok bola  selain stadium Paroi. Tu yang den gomar sangat siap Mr R amik cuti laie semato-mato nak tomankan den n sokong hoben jang hoben.
Terima kasih Mr R. lebiu la… hehe..

Maso den tengok bola ni jugak den dapat jumpo kakak angkat den maso sekolah technic lu. Lamo den tak jumpo dio. Lopeh sekolah sampai ni lah baru jumpo balik. Masing-masing makin mombosar.hehe..jangan marah  yo kak oi.. den pun membosar gak ni..huhu..



Walaupun game baru-baru ni Noghori vs Selangor seri , den tetap sokong noghori…. dan yang paling latest Noghori monang 2-0 Johor Fc
Den suko statement coach Azrai Khor “ I make a star” perghh terbaik la…


“ MUSUHNYA HABIS BINASA”

Tuesday, January 3, 2012

EpY NeW YeaR...

Entry baru di tahun baru. Selamat Tahun Baru.. hehe sory dear lambat wish.
So tiap-tiap tahun mesti azam yang sama, tak pernah nak berubah pun.
Kalau berubah tu pun sikit-sikit la.. tak lari mana pun..huhuhu
Azam aku nak kurus.hehe..tu yang utama la.
Tapikan  tak kurus-kurus still nak mengembang jek..huahuahuaha..

Tahun baru kali ni tepat kul 12 aku dah countdown dalam mimpi jek sebab dah penat sangat keluar dating dengan Mr R pada siangnya. Yang Mr R tak habis-habis nyesal keluar minum dengan gengnya sebab terkandas dalam jem. Hahaha tu la orang dah cakap jangan keluar..degil..haamikkkkk…

Baguskan saya tahun ni sambut tahun baru kat teratak ayahanda n bonda jek. Yela dah dapat title Tunangan orang tu yang sambut kat rumah jek.hehe..
Malam tahun aku dapat meseg yang sangat best dari Mr R.
“selamat tahun baru buat tunang ku tersayang” 
Wah..sejak-sejak ni Mr R agak romantik la..suka sangat-sangat.
Malangnye meseg tu aku dah terpadam sebab nak nak padam meseg yang lama-lama,tetiba leh tak perasan terthick skali meseg ni..emmm sedeyyyy!!!!!!!

SELAMAT TAHUN BARU… SEMOGA TAHUN NI LEBIH BERMAKNA UNTUK KITA SEMUA.
Peeaacceeeee yoowwww!!!!!!!