TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Monday, December 26, 2011

My E-Day

Assalamualaikum semua…  susah betul aku nak amik mood update blog ni. Baru kali aku terasa nak update cepat sebab telah berlaku peristiwa yang bersejarah dalam hidup aku. Kali ni aku nak kongsikan kejadian yang benar telah berlaku pada hari sebelum dan semasa majlis aku nak dijalankan..
Tanggal 24 disember 2011 telah diadakan tiga majlis dalam masa sehari. Tengahari majlis merisik dan pertunangan , petang selepas asar majlis cukur jambul dan malamnya kenduri doa selamat. Sehari sebelum majlis ni macam2 dugaan yang aku dapat.  Pagi 23hb tu aku pergi ke giant nilai untuk beli kek sebagai hantaran. Yang aku bengangnya aku dah beli kek kedai king dalama giant tu. Pastu belum selesai aku tulis kat kertas, pekerja kedai tu dah sibuk tulis atas kek tu dengan tulisan tak cantik dan kecik. Perghh lagi aku bengang. Aku tanya kenapa tulis kecik sangat sedangkan ada ruang nak tulis besar. Dengan selamba dia jawab “dah tulis pun kak” macam tutttttttt… selamba jek jawab camtu. Ok takpe aku cuba sabar jek. Dah la malam semalamnye aku baru sampai rumah aku tengok coklat yang aku tempah salah nama. Nama Razis jadi Rozis. Dah la beli mahal-mahal. Serius memang aku tak puas hati sebab tu aku jarang beli barang online. Tengahari razis call aku dan beritahu yang rombongan famly  dia tersangkut kat RnR Tangkak sebab van rosak. Aduhhh dugaan lagi. So aku beritahu razis apa-apa hal call aku dan sampai ke petang dalam kul  6 razis call lagi beritahu yang mak dan ayah dia kena tunggu van ganti yang datang dari johor.. perghh dah la jauh pastu nak kena tunggu lagi. Memang kecian la.. nak tak nak kena tunggu la van dari johor tu. Malam tu memang busy takyah cakap la kan. Banyak kerja nak buat. Dalam kul 12 lebih aku call razis lagi tanya keadaan famly dia camne. Kul 11 malam baru van sampai dari jauh.  Memang penat menunggu jelah.
Pada hari pertunangan aku, razis call beritahu yang famly dia datang lambat sikit sebab famly dia kena keracunan makanan. So semua kena cirit birit akibat makan nasi goreng kat RnR semalam. So masa perjalanan banyak kali berhenti. Dah la semalam van rosak dan masa majlis kena cirit birit pulak. Memang dugaan.
Walaupun banyak dugaan yang mendatang, Alhamdulillah majlis tetap diadakan dalam keadaan sederhana. Kini aku telah bertukar gelaran sebagai tunangan orang. Tunang kepada En Razis Abdullah.  Macam tak caya pulak dah bertunang.hehe. So lepas ni dah sibuk nak pikir pasal wedding pulak.  Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada famly,cousin,uncle n aunty yang banyak tolong bekerja keras semasa majlis dijalankan.  Pada kengkawan yang aku tak ajak tu insyallah kahwin nanti aku ajak dan anta kad kat korang ye..hehe.. Doakan hubungan aku dan razis akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin. 


3 beradik perempuan

ni lah coklat yang salah nama

nasib baik yang ni ok sikit walaupun ada salahnya

inilah tunang saya.. :)


2 comments:

  1. perghhh...dugaan ...dugaan..
    ape2 pn tahniah kak..
    xsabar nk bergelar tunangan org jgk..hahah

    ReplyDelete
  2. haha...TQ dear..
    tak lama la tu..
    sabar ek.. ade hikmah sume dugaan ni..

    ReplyDelete