TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Friday, December 30, 2011

Gayat SeMacam...

Emmm ketidakpuasan hati betul la.. ada jek yang tak kena. Maybe bukan ni masanya yang sesuai..huhuhu dah lepas pun kejadian ni.

Situasi : dalam wayang
Masa   : tengahari kot
Movie  : suatu malam kubur berasap

Nak dijadikan cerita masa tengok movie ni, aku n mr R amik seat tepi sekali sebab tu jek seat yang ada. Elok jek kitorang duduk terdengar bunyi-bunyi bising belakang kitorang dengan ala-ala gedik. Ada la sorang minah ni tak abis-abis wat haruk kat belakang aku. Cakap tu kalau slow takpe la. Ni siap kua lagi loghat utaranya. Ayat yang aku ingat “ni boleh update kat status FB ni” pastu membe dia lagi sorang cakap “haa kang boypren aku baca mampus.mesti dia cakap aku hantar ang jauh-jauh suruh blaja bukan pergi tengok wayang” terus membe-membe diorang gelak. Nampak sangat la kan budak-budak lagi.
Yang aku tak bley blah, sebelum start wayang mesti lampu terbuka kan bagi mudah orang lain nak masuk cari seat. Yang minah utara ni tak abis-abis tanya kat membe dia yang sorang ni “pasai pa depa tak tutup lampu lagi ni” pastu membe dia cakap “movie da start baru la tutup lampu tu” haa Nampak sangat tak pernah masuk wayang kan. Patut la haruk semacam. Tetiba Mr R sebelah aku bisik “ budak kampung kalau tak pernah masuk wayang camtu la,gayat semacam” hahaha terus gelak aku macam tak caya Mr R cakap camtu sebab Mr R ni nak kutuk orang lain susah sikit maybe dah panas hati sangat la tu. Before movie start ada la iklan-iklan movie yang akan datang. Masa tu kluar iklan cerita papa I love u,kluar part si mia. Terus minah-minah belakang aku jerit “miaaaaaaaaa…..” perghhh ko ingat ni tengok kat rumah ke?? Paneh jek tlinga ni..
Hope lepas ni takde la aku jumpa lagi minah camni. Hilang mood nak tengok cerita. Huh!!!!!!! 


Monday, December 26, 2011

My E-Day

Assalamualaikum semua…  susah betul aku nak amik mood update blog ni. Baru kali aku terasa nak update cepat sebab telah berlaku peristiwa yang bersejarah dalam hidup aku. Kali ni aku nak kongsikan kejadian yang benar telah berlaku pada hari sebelum dan semasa majlis aku nak dijalankan..
Tanggal 24 disember 2011 telah diadakan tiga majlis dalam masa sehari. Tengahari majlis merisik dan pertunangan , petang selepas asar majlis cukur jambul dan malamnya kenduri doa selamat. Sehari sebelum majlis ni macam2 dugaan yang aku dapat.  Pagi 23hb tu aku pergi ke giant nilai untuk beli kek sebagai hantaran. Yang aku bengangnya aku dah beli kek kedai king dalama giant tu. Pastu belum selesai aku tulis kat kertas, pekerja kedai tu dah sibuk tulis atas kek tu dengan tulisan tak cantik dan kecik. Perghh lagi aku bengang. Aku tanya kenapa tulis kecik sangat sedangkan ada ruang nak tulis besar. Dengan selamba dia jawab “dah tulis pun kak” macam tutttttttt… selamba jek jawab camtu. Ok takpe aku cuba sabar jek. Dah la malam semalamnye aku baru sampai rumah aku tengok coklat yang aku tempah salah nama. Nama Razis jadi Rozis. Dah la beli mahal-mahal. Serius memang aku tak puas hati sebab tu aku jarang beli barang online. Tengahari razis call aku dan beritahu yang rombongan famly  dia tersangkut kat RnR Tangkak sebab van rosak. Aduhhh dugaan lagi. So aku beritahu razis apa-apa hal call aku dan sampai ke petang dalam kul  6 razis call lagi beritahu yang mak dan ayah dia kena tunggu van ganti yang datang dari johor.. perghh dah la jauh pastu nak kena tunggu lagi. Memang kecian la.. nak tak nak kena tunggu la van dari johor tu. Malam tu memang busy takyah cakap la kan. Banyak kerja nak buat. Dalam kul 12 lebih aku call razis lagi tanya keadaan famly dia camne. Kul 11 malam baru van sampai dari jauh.  Memang penat menunggu jelah.
Pada hari pertunangan aku, razis call beritahu yang famly dia datang lambat sikit sebab famly dia kena keracunan makanan. So semua kena cirit birit akibat makan nasi goreng kat RnR semalam. So masa perjalanan banyak kali berhenti. Dah la semalam van rosak dan masa majlis kena cirit birit pulak. Memang dugaan.
Walaupun banyak dugaan yang mendatang, Alhamdulillah majlis tetap diadakan dalam keadaan sederhana. Kini aku telah bertukar gelaran sebagai tunangan orang. Tunang kepada En Razis Abdullah.  Macam tak caya pulak dah bertunang.hehe. So lepas ni dah sibuk nak pikir pasal wedding pulak.  Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada famly,cousin,uncle n aunty yang banyak tolong bekerja keras semasa majlis dijalankan.  Pada kengkawan yang aku tak ajak tu insyallah kahwin nanti aku ajak dan anta kad kat korang ye..hehe.. Doakan hubungan aku dan razis akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin. 


3 beradik perempuan

ni lah coklat yang salah nama

nasib baik yang ni ok sikit walaupun ada salahnya

inilah tunang saya.. :)


Wednesday, December 14, 2011

KoRaNg BesT..!!!!!

         Ini salah satu peristiwa sebab dan penyebab aku tak dapat update N3 baru. Belum puas beraya lagi,dalam musim raya aku dah sibuk dengan Team Pencak silat. Cuti raya just seminggu je kalau boleh sebulan raya sebulan la nak cuti.haha tak dapek do..  Raya ke 7 aku da naik kerja dan bermula latihan pusat silat untuk Kejohanan Piala Timbalan Perdana Menteri  IPT. Kejohanan ni ada 2 kategori,  iaitu kategori IPT dan kategori Antarabangsa. Aku di amanahkan untuk menjadi pengurus pasukan IPT dan pasukan Malaysia. Aku terasa agak beban sikit sebab nak jaga pesilat-pesilat yang agak ramai yela  dua team memang la ramai. So aku amik assistant tuk menjadi pengurus pasukan IPT dan aku pengurus untuk pasukan Malaysia.(bukan lantik sendiri tapi coach yang lantik yek.)
          Bermula latihan pusat kerja aku makin bertambah untuk menguruskan borang pendaftaran,medical chekup dan sebagainya. Ingatkan senang jek jadi pengurus pasukan ni rupa-rupanya haaa hamik kaww haha… setiap hari aku akan balik kerja jam 11 or 12 malam sebab latihan pusat ni dari pagi sampai la ke malam. Pagi aku kerja macam biasa, habis waktu kerja aku akan turun gelanggang tengok keadaan pesilat. Agak seronok tengok pesilat membuat latihan sebab ramai. Lupa lak nak cerita yang pasukan Malaysia dipilih dari selection  yang telah dijalankan dan di sertai oleh pesilat-pesilat dari berlainan IPT. Tu yang macam-macam perangai ada. Semuanya membuat aku terhibur dan seronok. Hilang rasa penat.
           Kejohanan ini diadakan di Berjaya Times Square,memang makan masa la tuk perjalanan.  Dan di hari yang sepatutnya kami gerak jatuh pada tanggal birthday aku. Pagi-pagi bangun tido aku dapat hadiah coklat ferero roche,ntah betul ke tak aku eja tu.hehe thanz my housemate.sayang lebih la. Datang tempat berkumpul, budak-budak silat siap nyanyikan lagu birthday untuk aku.wah terharu..hahaha.. nasib baik tak kena baling ngan telur n tepung.
           Bermulalah  seminggu aku berkampung di Berjaya Times Square tapi penginapan di Kampung Baru. Cukup la seminggu aku duduk kat KL, jalan tak yah cakap la memang memanjang jem saja. Bila kejohanan da start setiap hari kitorang akan gerak jam 7.30 pagi dari kampung baru sedangkan game start jam 10.00 pagi.huhuu ni semua disebabkan jem. Seronok bila ada pertandingan, macam-macam sorakkan yang ada sampai budak-budak ni sesuka hati menukar lirik lagu. Jangan lupa lirik yeye…dan tak lupe trademark kami “emmmmmmm” (sambil senyum). J
           Di akhir hari pertandingan team Malaysia akhirnya dapat bawak balik Piala timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini dimenangi team Singapura. Alhamdulillah team Malaysia dapat 12 Emas 6 Perak 3 Gangsa. (kalau tak silap la) dan Team IPT dapat 1 Perak 4 Gangsa. Habis je game aku pun terus cuti 5hari.hahaha bayar balik hutang untuk beraya tapi tak beraya sangat pun janji dapat jumpa My love hehe. Tahniah semua!!! Aku betul-betul rindukan semasa kejohanan ini berlangsung walaupun agak penat tapi Team Malaysia n IPT, korang memang best.. Terima kasih banyak sebab bagi kerjasama yang tak terhingga dan tak lupa my coach sebab beri kepercayaan untuk memikul tugas ni.. Love u all… mmmuuuaahhh!!!!  Ok jom layan picture and video semasa kejohanan berlangsung. Ermmmm..!!!! J
wif pesilat puteri

my coach AHMAD FAIZAL @ ABG PEJA  di interview wartawan dari channel sukan arena astro.. famous derrr!!!!

i miss this moment...!!!                          

terbaikkkkk!!!!!


team pencak silat UTHM n MALAYSIA