Lepas lunch barulah aku teruskan misi yang tergendala tadi iaitu mencari booth KARANGKRAF. Akhirnya jumpa juga. dalam hati ni dah excited sangat terus aku pergi ke rak novel terbaru bulan MEI. Dalam hati alangkah sukanya sebab novel terbaru bulan MEI dari hasil penulis kegemaran aku iaitu ANIS AYUNI. Dah lama aku tunggu novel terbaru darinya. tajuk novel ni CINTA YANG KURASA. dengan cover buku yang berwarna kegemaran aku warna puprle dan designnya yang agak simple memang menambat hati la katakan..Itu belum baca lagi tu. Kompom menyentuh jiwa hehe.
novel ini tak sempat lagi untuk di baca..
Di booth KARANGKRAf saja aku dah rembat(bayar ok) 4 buah novel tapi 2 novel member baik aku punya. dia kirim. Dan novel lagi 1 aku beli novel hasil penulisan SITI ROSMIZAH. Ini pun salah seorang penulis kegemaran aku sejak aku mula membaca novel ANDAI ITU TAKDIRNYA. Novel yang kedua hasil penulisan beliau ialah CINTA KAU DAN AKU dan yang paling bestnya aku dapat berjumpa dengan SITI ROSMIZAH siap bergambar lagi.hehe..suka sangat-sangat dan tak lupa aku sempat mencapai membeli senaskah AL-QURAN covernya warna purple.
suka sangat-sangat novel..cerita yang sangat menarik..
senaskhah AL_QURAN yang sempat dibeli..
Dah habis 1 PWTC aku tawaf dah tiba masanya untuk pulang ke tempat asal kerana esoknya hari bekerja ya bukan hari cuti.hehe.. Kalau lebih sehari di PESTA BUKU pun aku sanggup. Walaupun agak penat tapi berbaloi-baloi aku rasa. Puas dan Seronok. :)
me wif penulis SITI ROSMIZAH.. penulis yang terbaikkkk!!!!!
No comments:
Post a Comment