TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Thursday, July 21, 2011

TanYa PadA HaTi ... ???

kenapa mesti cemburu??
siapa kau pada si dia ???
kenapa mesti marah??
apa salah dia??
kenapa kau mesti benci??
apa yang si dia dah buat pada diri kau??
kenapa jiwa kau kacau??
bila nak  hati kau nak tenang??
kenapa masih menunggu si dia??
perlu ke kau menanti lagi??
bila nak gembirakan hati sendiri??
telah ditentukan dan ditetapkan dan termaktub yang si dia bukan untuk kau. 
untuk apa kau menantikan sesuatu yang belum pasti kau yang punya..
sudah-sudah la.. 
hargai la apa yang ada depan mata kau tu.
hidup dengan realiti bukan fantasi.
setiap apa yang ditentukan tentu ada hikmahnya.
pandang ke depan jangan toleh ke belakang...
kau akan dapat yang lebih baik dari sebelumnya..

Monday, July 18, 2011

NuR KaSiH ????


Kisah Adam , Nur Aminah dan Aidil
Baru kali ni aku berkesempatan tengok cerita Nur Kasih. Tu pun aku tengok download di www.malaymoviesfull.com Banyak gak komen yang aku terima dari kawan-kawan. Sepupu dan makcik aku semuanya cakap masa drama lagi best dari movie. Aku pun pelik jugalah kan takkan movie tak best langsung. So setelah habis tonton movie nur kasih ni aku rasa not bad jugalah movie ni. Ada jugak jalan cerita yang menarik dan lokasi penggambaran pun agak cantik. 

Jalan cerita movie ni agak mudah untuk aku memahami. Starting saja da mula babak sedih. Bagi aku movie ni memang best. Penghujung cerita pun boleh membuat aku mengalirkan air mata. Suci n teguh cinta antara Adam dan Nur Aminah. Aidil pula sentiasa memegang pada janji yang akan setia berada di sebelah Nur Aminah walau apa jua keadaan sekali pun. So sweet!!! Agak-agak bila aku dah kahwin cinta aku dan suami akan macam tu jugak tak??? Tetttttt!!!!! Hehe.. takdir dan masa akan menjawab persoalan tu.

Sunday, July 3, 2011

R.I.N.D.U

Sejak dua,tiga hari ni saya asyik ingat pada awak saja. Saya rasa macam awak dekat dengan saya, lama dah kita tak contact kan. Awak dah lupakan saya ke?
Genap sebulan rasanya kita dah tak contact tapi ingatan saya pada awak still ada. Tak pernah luput pun dari ingatan saya. Di sinilah tempat luahan saya. Saya tak tahu nak luahkan pada siapa. Saya rindukan awak tapi bila saya ingat balik apa yang awak dah buat pada saya tetiba perasaan rindu semakin berkurangan.
Saya cuba kuatkan hati dan jiwa saya untuk melupakan awak tapi tetap tak boleh. Saya tak tahu kenapa. Bila saya teringatkan awak mesti saya teringat dengan kata-kata awak. Sampai sekarang ke awak masih pegang kata-kata tu yang awak sayang saya dunia dan akhirat?
Saya selalu mengharapkan awak sentiasa dalam keadaan sihat walaufiat dan sentiasa mengingatkan saya. Saya terlalu rindukan awak.

Monday, May 16, 2011

iTs My HoLiday!!!!!!!

             Seminggu sekali aku akan update blog aku sebab apa sebab tiap-tiap minggu aku balik rumah mama. Di rumah mama line tenet laju sebab mama pakai streamyx. Itu yang aku mengupdate seminggu sekali.hehe.. 4 hari aku bercuti minggu ni. Dari hari sabtu sampai lah hari selasa. Kali ni aku balik aku terasa kepuasannya sebab aku berkesempatan berjumpa dengan My Love before My Love bercuti panjang pulang ke kampung.

            Hari sabtu jam 12.00 tengahari aku tiba di rumah. Sampai saja dirumah,mama tengah masak untuk makanan tengahari. Memang best la walaupun lauknya agak simple iaitu ikan goreng sambal dengan sayur bayam goreng. Memang sedap masakan air tangan seorang ibu. Dalam jam 2.00 petang, Abg ngah sekeluarga sampai dari Subang. So lagi meriah la rumah aku dengan ramai nya anak-anak buah yang ada. Malamnya pula aku keluar makan dengan mama,tira dan kakak serta anaknya yang 2 orang yang banyak cakap tanpa tahu erti penat bercakap.

            Hari ahad aku kena bangun awal sebab aku kena tolong mama di sekolahnya sebab ada sambutan hari ibu. So aku ditugaskan untuk mengambil kek yang telah ditempah khas di kedai kawan aku dan aku kena ambil tempahan makanan di kedai makan kawan aku juga. Tengahari aku just lepak2 di rumah dan malam nya pula its time to berlibur.hehe.. Jam 8.00 malam kawan aku Anis dan Abang yang sengal Ikhwan datang jemput aku dirumah. Kami bertiga berkaroke di My Idol Nilai. 2jam tu berkarok. Memang puas hati la. Puas jugak aku melalak lagi-lagi lagu yang rock. Aku dengan Anis main nyanyi saje walaupun tak tahu..hahaha…  elok saja aku melalak dengan Anis tetiba kawan Ikhwan lak smpai. Perghh nasib baik dah abis melalak baru kawan dia masuk,kalau tak jatuh saham.haha.. Ikhwan abg anis ni adalah seorang anggota polis so malam yang aku lepak tu semuanya dengan polis-polis. Tapi layan kan aje. Dan yang paling puas hatinya malam tu Ikhwan bukak payung besar senang cerita besar macam payung burger.haha.. karok dan Makan di payung oleh Mr Ikhwan. Terima kasih bos..!!!

                Hari isnin pun aku agak busy semacam la. Pagi ayah hantar kereta masuk bengkel untuk tukar  cermin yang  dah retak. So nak claim insurans kenalah buat report dibalai polis. Di sebabkan kereta atas nama mama so mama yang kena buat report . aku just meneman kan mama sebab sebelum ini tak pernah lagi nak buat report apa-apa. Sampai dibalai polis berdekatan, masuk-masuk saje takde orang yang sambut. Fail betul la. Pastu nasib baik ada Bro Awe kira kenal la juga. Dia yang suruh tunggu. Ok la boleh la aku dengan mama tunggu pastu mama siap duduk berdepan anggota polis yang bertugas di kaunter membuat report tersebut. Polis yang bertugas tu dah lah perempuan. Dia boleh buat tak tahu jer dengan mama. Sikit pun tak nak tegur cakap tunggu kejap ke, ada apa-apa yang boleh bantu ke..huh!! takde berbudi bahasa langsung. Macam mane la orang ramai nak hormat polis kalau macam ni la perangainya. Lepas tu kalau ada anggota lelaki mula lah nak mengedik. Perghh gedik siot. Dalam 10 minit jugak la aku dengan mama tunggu baru lah ada polis india yang ambil report mama. Di atas meja kaunter tu ada borang aduan, aku da pandang mama bagi signal. Mama cakap isi la pastu cari pen dalam beg takde pulak. Huh!! Takpe-takpe,aku ambil nombor badan anggota wanita tu. Sampai sekarang aku ingat.167236.. jangan disebabkan kau seorang semua aku benci ..kau pikir kau polis aku takut?? Silap besar la terr..hahaha… balik rumah tahu-tahu ayah dah masak. Perghh sedap seyy ayah masak udang sambal petai. Pastu mama masak ikan bawal goring cili api. Pun sedap sangat hingga menjilat jari.hehe.

                     ini la sambal udang petai yang ayah masak. sory comot sikit mangkuknye..hehee

                                           ikan bawal goreng cili api yang mama masak..sedapppppp

              Lepas zohor aku bersiap-siap nak keluar dengan Anis. Program nya nak pergi tengok kawan baik kami yang baru saja dapat baby dan seterusnya nak pergi tengok wayang cerita KONGSI. Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita kongsi walaupun bengang dengan My Love sebab dia da tengok dulu cerita tu.Huh!!..

                    anak kawan baik aku..comey sangat betul-betul ikut muka ayahanda baby ni. 

              Selasa lastday aku bercuti. So petang nya aku kena pulang Parit king. Aku balik tak keseorangan, nasib baik ada membe yang temankan. Takde la boring sangat.  Before balik sempat la aku cuci my Baby Myvi yang sekian lama tidak dicuci. Bukan pemalas tapi keadaan cuaca dan masa yang tidak mengizinkan.hehe.. Puas jugak basuh sendiri dari asyik hantar kat carwash saje. Kepuasan terpancar di muka..hehe..  Tenang hati n otak aku untuk cuti kali ni. Yang penting enjoy!!!!!!!!!

Saturday, May 7, 2011

EngKauLAh RaTu HatiKu..

ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka 
engkau hiburkan hati ku selalu..
ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku..

           Dari kecik sampai la ke besar semua orang akan tahu lirik lagu ni. Tipulah kalau ada yang tahu lirik lagu ni dan aku sendiri membesar dengan lagu ini. Tak tergambar pengorbanan seorang ibu dan tak ternilai harga susu yang diberi oleh ibu kita. 
Panggilan untuk seorang ibu ada macam-macam seperti IBU,MAMA,MAK,MUMMY DAN UMI. Aku memang dari kecik telah di ajar untuk memanggil orang  yang melahirkan aku adalah MAMA. Banyak yang telah di ajar oleh mama pada diri aku. Aku tak tahu macam mana nak menceritakan tentang pengorbanan mama sebab tak terkata pengorbanan itu. Aku sayang sangat dengan mama. Pernah aku mengalami dilemma yang amat sangat dalam memilih teman hidupku.. Mama lah tempat aku meluahkan segalanya dan mama juga telah membuka mata aku untuk memilih siapa yang berhak aku pilih. Betul lah kata orang restu seorang ibu adalah berkat. Tanpa restu seorang ibu ibarat tiada haluan.


           Aku ni dari belajar sehinggalah bekerja merantau saja di negeri orang. Beberapa bulan yang lepas,aku pulang bercuti di rumah dan dalam masa yang singkat saja aku dapat meluangkan masa dengan mama. Bila tiba aku nak balik, baru nak mula drive aku nampak mama menitiskan air mata. Aduhhh..terasa bersalah pula dihati ini sebab tak dapat meluangkan lebih masa yang lama bersama mama. Berdosa kah aku membuat mama menitiskan air mata???  Bukan aku sengaja untuk membuat sebegitu Cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Aku sayang sangat-sangat dengan mama. Tidak siapa yang dapat mengantikan tempat mama. Seburuk mana sekali pun beliau adalah mama aku. 
LOVE U SO MUCH MAMA.. 
HAPPY MOTHER DAYS TO PUAN RAFIKAH HASHIM. 
ENGKAULAH RATU DAN SUMBER ILHAMKU..
ANAK MU INI SENTIASA MENDOAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN KEBAHAGIAAN MAMA DI DUNIA DAN AKHIRAT.  

Wednesday, April 27, 2011

PesTA BuKu..

Ini la kali pertama aku dapat pergi ke pesta buku. Sebelum-sebelum ni takda kesempatan untuk pergi disebabkan merantau mencari ilmu di negeri orang.hehe.. Dalam hati ni memang excited la dapat pergi sebab memang saat ni aku nantikan. Jam 12 tengahari baru la aku sampai di PWTC. Tujuan utama aku nak cari booth KARANGKRAF sebab aku tahu apa yang aku nak mesti ada kat situ. Elok je aku jalan dengan member aku tetiba member aku bersuara "kita cari mesin ATM dulu ya sebab tak sempat nak keluarkan duit pagi tadi la" aku pun jenis tak kisah "ok jom tahu ke kat mana ada?" member aku berkata "dekat THE MALL" . Aku pun terus keluar pergi ke THE MALL dan terus lunch kat CHICKEN HUT. 
Lepas lunch barulah aku teruskan misi yang tergendala tadi iaitu mencari booth KARANGKRAF. Akhirnya jumpa juga. dalam hati ni dah excited sangat terus aku pergi ke rak novel terbaru bulan MEI. Dalam hati alangkah sukanya sebab novel terbaru bulan MEI dari hasil penulis kegemaran aku iaitu ANIS AYUNI. Dah lama aku tunggu novel terbaru darinya. tajuk novel ni CINTA YANG KURASA. dengan cover buku yang berwarna kegemaran aku warna puprle dan designnya yang agak simple memang menambat hati la katakan..Itu belum baca lagi tu. Kompom menyentuh jiwa hehe. 
                                 novel ini tak sempat lagi untuk di baca..


Di booth KARANGKRAf saja aku dah rembat(bayar ok) 4 buah novel tapi 2 novel member baik aku punya. dia kirim. Dan novel lagi 1 aku beli novel hasil penulisan SITI ROSMIZAH. Ini pun salah seorang penulis kegemaran aku sejak aku mula membaca novel ANDAI ITU TAKDIRNYA. Novel yang kedua hasil penulisan beliau ialah CINTA KAU DAN AKU dan yang paling bestnya aku dapat berjumpa dengan SITI ROSMIZAH siap bergambar lagi.hehe..suka sangat-sangat dan tak lupa aku sempat mencapai membeli senaskah AL-QURAN covernya warna purple. 
suka sangat-sangat novel..cerita yang sangat menarik..


                                  saya suka bab ni..suka sangat-sangat


                                   senaskhah AL_QURAN yang sempat dibeli..


Dah habis 1 PWTC aku tawaf dah tiba masanya untuk pulang ke tempat asal kerana esoknya hari bekerja ya bukan hari cuti.hehe.. Kalau lebih sehari  di PESTA BUKU pun aku sanggup. Walaupun agak penat tapi berbaloi-baloi aku rasa. Puas dan Seronok. :)
                        me wif penulis SITI ROSMIZAH.. penulis yang terbaikkkk!!!!!

Wednesday, April 20, 2011

HaPpY BiRtHDaY AwAk

20 APRIL ..  
Tarikh ni mengigatkan aku pada seseorang. Tarikh hari lahir si dia. Takde apa yang dapat aku berikan cuma ucapan selamat hari lahir. Aku harap si dia tak terasa dengan aku. Hadiah pun tak sempat aku nak beri. Sory ya awak. Kalau sempat saya poskan nanti ya. Kedudukan kita yang agak jauh ni susah la untuk saya celebrate birthday  awak tapi mesti ada orang yang akan celebrate birthday awak. Orang tu lagi bermakna dari saya. Saya faham itu tapi saya bahagia bila tengok awak bahagia walaupun awak ada mengatakan yang saya tak tahu awak bahagia ke tak. Saya sentiasa menggangapkan awak bahagia . 

SELAMAT HARI LAHIR AWAK. SEMOGA PANJANG UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI. SAYA SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN AWAK BERSAMA SI DIA. SEMOGA SIHAT-SIHAT SELALU DAN SAYA HARAP APA YANG AWAK IMPIKAN AKAN TERCAPAI.   INSYALLAH. 

saya wakilkan UPIN IPIN nyanyikan untuk awak ya.Hope awak suka :)