TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Tuesday, April 12, 2011

My SpiRit MunCuL..!!!!!!!!

Kini si dia dah menjadi milik orang. Dalam sekelip mata sahaja. Dapat berita pun dari sumber yang boleh dipercayai. Bila aku tanya pada si dia jawapannya adalah TIDAK.. NO!!!!! So pada siapa aku perlu percayakan?? Sedangkan sumber yang aku perolehi adalah orang yang paling rapat dengan si dia. Takkan orang tu nak tipu pulak kan?? Takpe.. ALLAH tu maha adil dan saksama. Suatu hari nanti aku akan tahu jua kebenarannya. Aku tak kisah kalau si dia dah menjadi milik orang tapi jangan lah dengan aku pun nak tipu. Kalau betul nak kawan dalam tempoh yang lama biarlah ikhlas dan jujur. Ni tidak.. dari orang lain jugak yang aku tahu. Itulah yang membuatkan aku agak kecewa dengan si dia. Sedangkan sebelum ni macam-macam dah di janjikan. Kalau jadi apa-apa dengan hubungan kita, kita tetap akan menjadi kawan sampai bila-bila. Tu kata-kata janji dari si dia tapi sekarang??? SEDIH..KECEWA.SAKIT HATI.BENGANG semua perasaan negative ada. Kenapa si dia susah nak berterus terang dengan aku? Aku kalau boleh nak dengar sendiri dari mulut si dia. 

Agak lama juga la aku nak ubatkan sakit di hati ini. Ramai kawan-kawan yang nasihatkan aku. Aku terima semuanya dengan positive dan secara tak rasminya dengan tiba-tiba aku dah ada seorang kaunselor yang banyak bagi nasihat kat aku. THANX DERR.. 

Selang beberapa minggu si dia muncul kembali dalam hidup aku. Dan pada hari ini si dia telah menghubungi aku semula dengan membuat panggilan telefon.. Aduhhh..hanya tuhan yang tahu dalam hati ini. GEMBIRA,SERONOK,SUKA,SEMANGAT semua ada. Tapi kali ni percakapan antara aku dan si dia agak terbatas sebab aku takut kata-kata yang salah boleh menyinggungkan perasaan antara aku dan si dia.
 
BIARLAH ORANG BUAT KITA..JANGAN KITA BUAT ORANG. Tu lah prinsip aku yang aku pegang dari dulu lagi. Secara jujurnya aku memang sayangkan si dia. Tapi mulut ini da terkunci untuk berkata SAYA SAYANGKAN AWAK. Biarlah kata-kata itu tersemat di hati. Yang pasti hari ini aku dah dapat SPIRIT yang selama ini aku tunggu. 

No comments:

Post a Comment