TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Sunday, April 10, 2011

PeNgHuJung PerTeMuan MuNgkIn YANg TerAkHir

Hari ini hari terakhir aku menghabiskan masa bersama si dia. Esok aku dan si dia perlu memulakan tugas seperti biasa. Berat rasa hati nak berpisah setelah 3 hari sentiasa bersama. Si dia mula menunjukkan perasaan sedih untuk meninggalkan aku. Setelah selesai mengemas barang, aku dan si dia memulakan perjalanan pulang ke tempat tinggal ku. Hari ini aku dan si dia memakai baju yang sama. Baju kartun Tiger berwarna oren yang aku beli semalam. Nampak comel bila si dia memakai baju itu. Aku suka melihat kesesuaian si dia memakai baju itu. Lepas-lepas ini tak tahu lah bila lagi aku dan si dia akan memakai baju yang sama itu. Dalam perjalanan pulang, perut mula terasa lapar jadi aku dan si dia mengambil keputusan untuk singgah sebentar di hentian. Bila di tempat hentian, si dia ternampak rakan-rakan seperjuangan turut berada di situ. Si dia mula buat tak tahu dan anggap seperti orang biasa.
Princess: B..mamat tu pandang-pandang B la.. diorang cam ke?
My prince: kalau kat luar ni kita pakai baju yang macam mana pun orang akan cam.
Princess: itu lah..senang sangat nak cam kan kalau job B ni kan.
My prince: kita buat tak tahu je. Buat-buat tak Nampak

Dah puas aku dan si dia memilih makanan,kami mencari meja kosong untuk melantak.tu bahasa agak kasar la ya.hehe.. tiba-tiba aku baru perasan.

Princess : B kedai yang kita beli nasi ni kedai melayu ke india?
My prince: kenapa SYG
Princess : siap makan dalam daun pisang pastu B tengok nama 
           kedai ni
My prince: laa…nape SYG tak bagitahu B awal-awal?
Princess : SYG baru perasan la B. tapi yang jual melayu.
My prince: orang melayu la yang masak. Takpe makan je halal tu.
Princess : nanti SYG tanya ya.

Di kedai yang menjual nasi sambil buat-buat ambil tisu
Princess: kak, nak tanya boleh tak?
Penjual : apa dia dik?
Princess: kedai ni melayu ke india? Sebab nama kedai ni macam  
          kedai india
Penjual : nama kedai ni saja tokey india. Yang masak semua 
          melayu. Adik tak perlu risau. gerenti halal. Kalau 
          kedai di perhentian ini, tahap kebersihan paling 
          penting.
Princess: ooo…saya tengok yang bekerja melayu. Tu yang saya beli.
Penjual : jangan risau. halal..(sambil muka tersenyum)
Princess: hehe..terima kasih ye kak.

Di meja makan
Princess : kedai makan je nama india. Yang masak dan jual orang 
           melayu
My prince: kan B da cakap. SYG tak percaya.
Princess : hehehe…yela B

Kami teruskan perjalanan ke tempat yang kami tujui. Dalam kereta si dia mula bersuara

My prince: bas B kul 8.30 malam kan
Princess : ye B kenapa?
My prince: kita nak jalan-jalan kat mane nanti sementara nak 
           tunggu sampai B naik bas?
Princess : kita pergi karoke nak?
My prince: ok juga ajak housemate SYG sekali.
Princess : ok kejap lagi SYG call diorang

Setelah settle deal dengan housemate aku, kami tiba di rumah sewa ku untu menjemput housemate ku untuk pergi BERJIMBA( sama maksud berhibur). dalam perjalanan macam-macam la yang di borakkan sampaikan tercipta la panggilan khas kepada si dia iaitu DADDY  yang di pangggil oleh housemate aku. Hahah macam-macam budak ni. Aku jenis tak kisah.takde hal la. Panggil apa-apa pun boleh janji sedap di dengar. Cuaca agak kurang baik masa itu, hujan lebat melimpahi semasa dalam perjalanan ke tempat karoke. Sampai di tempat karoke,si dia memarking kereta agak jauh sedikit dari kedai itu. So kami semua terpaksa redah hujan untuk masuk ke kedai tersebut.

Apabila sampai di tempat karoke, bilik karoke semuanya penuh ada orang. So kami terpaksa la menunggu giliran untuk berkaraoke. Sambil-sambil menunggu si dia mula menunjukkan jam.
My prince: lagi berapa jam saja B nak balik
Princess : ala.. tak suka nya
My prince: mesti nanti kita rindu kan
Princess : emmm….
Sempat juga la aku dan si dia mengambil gambar bersama untuk simpanan kami. Aku suka tengok semua gambar yang di ambil. Nampak cantik. Suka sangat-sangat dengan baju aku dan si dia yang sama pastu tidak ketinggalan mafla kelabu yang si dia selalu pakai.

Tiba giliran kami untuk berkaraoke. 1 bilik 5orang. Ok la ngam-ngam tak la sempit sangat. Aku memang sentiasa di sisi dia. Lagu –lagu untuk si dia berkaraoke semuanya aku yang pilihkan. Aku dah tahu lagu apa  yang si dia suka berkaraoke. Memang enjoyla dan akan aku ingat sampai bila-bila. Dah puas berkaroke, kami masuk ke dalam PARKSON mencari lagi sepasang baju yang sama. Akhirnya jumpa baju yang sama warna favourite kami warna PURPLE. Baju nya agak simple tapi nice tapi kami ada buat perjanjian. Baju ini jangan di pakai sehingga aku dan si dia berjumpa sekali lagi. Kali ke2 kami berjumpa baru lah baju tu boleh di pakai. Itu la janji yang akan kami pegang.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Lagi 2jam saja aku sempat untuk menghabiskan masa dengan si dia. Sementara tunggu jam 8.30 malam,kami lepak di MCD untuk mengisi perut yang yang lapar. Sampai di MCD, aku on laptop untuk memasukkan gambar yang telah kami snapkan untuk kenangan kami. Baru aku perasan kenapa lah laptop aku ni tak boleh nak wifi di mana-mana.
Princess : B...SYG baru perasan kenapa kita tak boleh nak online 
          aritu
My Prince: kenapa?
Princess : SYG tak on bleutooth..patut la tak boleh aritu.puas 
           kita godek-godek kan..(senyum dengan muka tak 
           bersalah)
My prince: ngokngek..patut la tak boleh..
Princess : hehehe…

Waktu yang di tunggu dah tiba. Kami gerak ke stesen bus untuk menghantar si dia yang akan naik bas pulang ke tempat asalnya. Dalam kereta

My prince: kejap lagi B da nak balik
Princess : emmm..
My prince: takmo sedih-sedih ya..
Princess : emmmm..
My prince: B tinggalkan mafla ni ya untuk SYG
Princess : B tak guna ke?
My prince: takpe B tinggalkan kat sini untuk SYG
Princess : ok B

Sebelum keluar dari kereta, si dia meletakkan Maflanya di stereng kereta.
My prince: B saja letak sini nanti SYG masuk dalam kereta mesti 
           ingat kat B
Princess : SYG takkan lupakan B

Sampai di stesen bus, bus yang akan di naik telah ada. Si dia meletakkan barang dahulu di dalam bus kemudian turun semula mendapatkan aku. Tangan si dia tak lepas memegang tangan ku. Bas pun dah nak gerak
My prince: SYG..B balik dulu ye.jaga diri baik-baik. Nanti topup 
           kan B ye.
Princess: ok B. Dah sampai bagitahu ya. Apa-apa meseg k.
My prince: ok SYG
Aku pun menghulurkan tangan untuk bersalaman dan mencium tangan si dia. Si dia memberi ciuman di dahi ku. Ini lah ciuman yang terakhir dari si dia dan mungkin juga pertemuan kami yang pertama dan terakhir. Akan ku ingat sampai bila-bila.. SAYANG MY PRINCE. 




No comments:

Post a Comment