TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Wednesday, March 30, 2011

DetiK- deTik MaNis YanG SanGat SweEt..

Selesai bersarapan di MCD, aku dan si dia gerak pulang menghantar housemate aku pulang ke rumah. Mane boleh diorang ade,kacau daun la aku nak date..hehehe.. kali ini giliran si dia pulak drive sebab macam tak sesuai pulak girl yang drive boy duduk sebelah. Agak terkial-kial jugak la si dia drive kereta auto not manual. Tapi bagi aku auto lagi senang so just set in your mind yang auto takde clucth.itu sahaje. Takpe maybe baru lagi. Nanti ok lah tu. Tiba di rumah sewa, aku gegas ambil barang-barang yang perlu di bawa sebab aku dan si dia rancang untuk berjalan di tempat lain, tempat yang aku dan si dia tak biasa pergi. Destinasi kami seterusnya pergi ke Car wash. Nak jalan jauh kena lah bagi kereta cantik dan bersih. Takkan la nak pergi date kereta Kotor-kotor..hehehe. sampai di car wash, adushhhh!!! Ramai nye orang..takpe la lepak-lepak dulu baca paper. Bila si dia baca paper,aku tenung je muka si dia. Aku suka tengok muka si dia. Hati rasa sejuk dan tenang saje tengok muka si dia. Aku tak tahu kenapa. Sambil-sambil tu aku dan si dia ada la jugak berborak-borak. Tipu la aku dan si dia senyap saja sebab banyak cerita yang kami bualkan. Tetiba si dia memanggil aku

My prince : SYG.. B nak tengok handset SYG
Princess  : B nak wat pe? Bukan ade ape pun. (dalam hati abis    
            la aku)
My prince : B nak tengok lagu ape yang ade
Princess  : ( dalam hati alasan la tu..huhuu) takde ape la B.
My prince : B tengok kejap je.
Princess  : emm yela..

Aku pun bagi la handset aku kat si dia. Memang la lagu yang di tengok nye pastu da melencong tengok di picture. Adushhhh!! Banyak picture yang aku tak buang lagi. Buat tahu lah..hehehe. si di pun senyap saje bila tengok picture yang ada dalam handset tu.

My prince: nah..( si dia bagi handset aku sambil buat muka toye  
           nye)
Princess : dah?? Haaa mula lah tu nak merajuk.
My prince: lain kali picture yang tak berkenaan buang. Jangan  
           simpan dalam handset tu
Princess  : hehe..sory la B. Takde ape la.. takmo ngajuk  
           yek.kita jumpa bukan nak gaduh kan??
Terus si dia senyum dan menarik kepala hinggap satu siuman di dahi. Opss!! Biar betul si dia ni..aku terus terdiam.

Kereta ku sudah siap pun di cuci. Kami teruskan perjalanan yang kami ingin tujui. Seronok nye bila orang yang aku sayang ade di sebelah aku. Dalam perjalanan tangan si dia mesti mahu memegang tangan aku. Kejap-kejap tangan ku mesti di beri ciuman. Sweet nye..!!!! hehehe..

Destinasi yang kami tujui ni agak asing bagi kami tapi aku dan si dia buat-buat tahu jalan main redah saje.hehe. akhirnya sampai jugak. Firstly kami cari hotel yang sesuai untuk beradu dan bersiram. 2 bilik ok bukan 1 bilik je.hehehe.. Selesai cari hotel, kami pergi mengisi perut yang sedang lapar tahap gaban la katakan. Tangki dah di isi, kami balik semula ke hotel untuk merehatkan badan masing-masing yang agak keletihan. Tiba waktu malam kami bersiap untuk keluar dinner dan jalan-jalan di sekitar bandar yang agak banyak tempat menarik untuk di lawati. Aku dan si dia memilih tempat yang berdekatan dengan laut. Memang best la suasananye yang ramai orang dan secara kebetulan ada funfair di situ. Setelah menghayati suasana malam di tepi laut dan habis satu tempat tu aku dan si dia tawaf, kami pun beredar dari situ dan mencari kedai makan yang ada wifi. Akhirnya mapley yang kami jupe. Mapley pun mapley la janji boleh online. Bila da on laptop aku. Tetiba wifi tak boleh digunakan. Aku pelik la,selalu laptop aku ni boleh saje ber wifi. Si dia pun puas la godek-godek laptop aku  tu. Sah memang tak boleh. Tak tahu kenapa.musykil gak ni. Dah settle lepak minum, aku dengan mata yang tak boleh nak di buka lagi ni mengambil keputusan balik ke hotel. Da tak larat rasenye tapi aku puas dapat berjalan-jalan dengan si dia. Esok hari masih ada lagi.

Jam 12 tengahari barulah kami keluar dari hotel untuk pergi makan tengahari. Selepas makan tengahari aktiviti kami adalah KAROKE. Berdua pun jadi lah..hehehe. Banyak lagu favourate aku dan si dia nyanyi. Kebanyakkan nya lagu KANGEN BAND. Aku suka sangat dengar suara si dia menyanyi. Memang tergoda la dengar suara si dia. Dan ada special song si dia menyanyi tujukan kepada aku. Lagu SEKALI AKU JATUH CINTA. Suka sangat-sangat lagu tu sebab liriknye agak mendalam. Terima kasih My prince.

Selesai berkaroke, aku dan si dia mulakan aktiviti yang paling aku suka. Its time to SHOPPING..hehe.. tapi takde la aku shopping sangat. Si dia yang banyak shoping dari aku. Macam terbalik pulak kan.hihihi. Apa-apa pakaian yang di beli mesti semuanya mengikut taste aku.
My prince: SYG.. ok tak seluar ni?
Princess : kureng la B
My prince: SYG pilih lah untuk B yang mane ok
Princess : ok yang ni.sesuai untuk B. ok tak?
My prince: ok B test yek.

Tu lah perangai si dia. Semuanya mengikut kehendak aku. I likee..hehehe. Dah settle bershopping barang-barang si dia tetiba si dia tarik tangan aku.

My prince: B tak belikan apa-apa untuk SYG kan?
Princess : laa takpe la B. SYG tak nak apa-apa pun
My prince: tak boleh. Cakap dengan B, SYG nak ape?
Princess : tak nak la B.
My prince: nak baju? Wallet?
Princess : tak payah susah-susah la B.SYG tak nak
My prince: jom kita cari wallet.
Aku ikut saje mane tangan aku di tarik. Sampai satu kedai, si dia tunjuk pada aku.. almari yang berisi pelbagai bentuk wallet. Si dia ni macam tahu-tahu je wallet aku hampir hancus ni. Buat segan jek..hehehe

My prince: ni nak??
Princess : tak nak la B. mahal sangat.
My prince: pilih laa..
Princess: tak nak la. B yang nak bagi B la yang pilih.
My prince: ok.warna apa?
Princess : nak warna sama dengan wallet B.
Si dia pun mula memilih yang mane sesuai dengan aku dan seiras-iras wallet si dia. Kalau boleh nak yang same macam si dia tapi takde. So design dan warna yang sama menjadi  pilihan si dia. Aku diam tanpa berkata apa-apa. Kemudian dah settle memilih si dia terus membawa ke kaunter untuk membuat pembayaran.

My prince: nah..ni saje yang dapat B bagi kat SYG
Princess : terima kasih B.

Nak tahu brape harga wallet tu? Tak silap aku RM100 something la. Yang pasti memang mahal jenama KICKERS. Ini lah wallet yang paling mahal ada dalam hidup aku. Hahaha.. Terima Kasih My Prince.

Malam aktiviti kami bershopping di Uptown pula. Memang best la pergi Uptown sini. Macam-macam yang ada. Tangan si dia tak pernah nak lepas pegang tangan aku, takut aku lari ke?  Tiba di satu lorong si dia berhenti menilik keychain-keychain yang ada.
Princess : B nak beli ke?
My prince: ye B nak belikan unuk adik B yang girl tu. Dia suka 
           kumpul keychain
Princess : oo B belikan la untuk dia
My prince: SYG tolong pilhkan untuk B
Princess : ok.

Aku dan si dia mula mencari barang yang kami nak beli. Aku nak beli baju sepasang untuk couple dan si dia mencari kasut CROCS yang sesuai di pakai dengan seluar pendek. Akhirnya kami jumpa jugak barang yang kami cari.

Princess : B tu kasut CROCS. Warna merah cantik, B pakai saiz  
           brape?
My prince: kalau nak tahu saiz kasut kena ukur kat muka. Baru 
           sepadan.
Princess : hahaha wakluu..memandai je B ni
My prince: waklu 2.. yela senang nak bagi saiz berapa kat orang 
           tu( sambil muka senyum2)
Pembelajaraan baru yang aku dapat. Lepas-lepas ni cari saiz kasut kena ukur kat muka k.hahaha.. Baju couple yang aku cari akhirnya jumpa jugak. Tapi gambar kartun Pooh warna oren.
Princess : B ok tak? Cantik tak?
My prince: cantik
Princess : B pakai tak baju camni? Jangan da beli tak pakai pulak
My prince: ye B pakai. Ok la ni.
Yess..ade jugak baju couple yang aku cari.comey je baju ni.hehehe

Dah puas bershopping. Kami cari port untuk lepak-lepak minum. Mapley jugak yang kami jumpa tapi mapley kali ni ada jual SHISHA. Tetiba si dia Tanya

My prince: layan Shisha nak?
Princess : ok gak. Da lame tak kena shisha tapi takpe ke B?
My prince: SYG kalau nak buat jahat apa-apa pun biar la depan   
           B.B tak kisah tapi jangan belakang B. Tu B marah.
Princess : ok B..( sambil muka senyum2)
Si dia mula memilih perisa shisha. Aku pun tak sure perisa apa yang di pilih yang pasti mint. Bila si dia hisap shisha tersebut, asap nye bukan main banyak lagi tapi aku suka bau nya. Ada orang cakap hisap shisha lagi teruk dari smoke tapi tak tahulah betul ke tak sebab smoke aku tak pernah hisap shisha pernah la jugak tak la selalu, boleh dikira berapa kali. Aku layan la hisap shisha ni 2,3 kali sedut je sebab rase perit kat tekak. Aku ni bukan reti sangat nak hisap benda alah ni, asap pun tak keluar banyak tapi ada la jugak asap.hehe. Tetiba aku da rasa makin sejuk. Mane tak sejuk nye da pukul 1 pagi. Si dia perasan yang aku da mula kesejukan.

My prince: SYG sejuk ke?
Princess : sejuk la B. sejuk sangat.
Terus si dia buka jaket yang si dia pakai dan meletakkan jaketnya di badan aku.
Princess : B tak sejuk ke? Da la pakai seluar pendek je.
My prince: takpe. B ok je. Rase sweet tak B wat cam ni? ( dengan 
          muka senyum2 si dia berkata)
Princess : hehehe..sweet sangat B.Thanx B. ~~Cont~~

* lirik lagu SEKALI AKU JATUH CINTA 
  
SEDIH PILU DI DALAM HATIKU
SAYU RINDU MENGENANGKAN
DI SAAT KAU TIADA DI SISI
AKU TERMENUNG SELALU..
KISAH-KISAH YANG TELAH BERLALU
TERBAYANG SATU PERSATU
KAU BERJANJI MENJADI TEMANKU
DAN MENJALINKAN CINTA
KAU PINTA AGARKU
SETIA PADAMU..
DAN AKU TAK PERNAH MEMUNGKIRI
BAGAIMANA DENGANMU..
SEKALI AKU JATUH CINTA
CINTAKU TAK PERNAH BERUBAH
BIARPUN DIRIKU PUNYA RAMAI TEMAN
CINTAKU SATU..
SEKALI AKU JATUH CINTA..
SUKARNYA AKU MELEPASKAN
KERANA DIRIKU BERJIWA PENYAYANG
BUKAN PENDUSTA...
KISAH-KISAH YANG TELAH BERLALU
TERBAYANG SATU PERSATU
KAU BERJANJI MENJADI TEMANKU
DAN MENJALINKAN CINTA...








No comments:

Post a Comment