TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Wednesday, February 15, 2012

SeLaMAt penGanTin BARu

Hye dear, sory dah lama tak update n3 sebab laptop rosak. Tu yang tergendala nak wat sesi luahan hati..hehe  rasenya tak terlambat tuk aku wish SELAMAT  PENGANTIN BARU pada si dia. Sorylah tak dapat datang wedding awak  sebab pergi bercuti dengan yang tersayang dan kalau dapat pergi pun saya takkkan pergi jugak..haha.. jauh kot..alasan semata-mata. Takpe insyallah apa yang saya doakan untuk awak akan sampai pada awak.  
SELAMAT PENGANTIN BARU.. SEMOGA BAHAGIA DAN KEKAL HINGGA KE SYURGA..
SYURGA CINTA..
lagu untuk awak.. baru lah best muzik lagu pengantin camni tak la macam lagu nak mati slow je rentak..huhuhuuu 


Sunday, January 15, 2012

MusuHnya Habis BiNaSa

NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN

Hoben Jang Hoben… Neeegeeeriiiii..!!!
Ni lah team kesayangan den. Dari kocik laie den memang peminat setia hoben jang hoben.
Alhamdulillah baru-baru ni hoben jang hoben monang dan pertamo kalinya dapat piala sumbangsih.
Kiranya penutup tahun lopeh, hoben jang hoben champions dan tahun ni pembuka hoben jang hoben champions gak.. Banggo den. Hahaha
Dan kali ni potamo den poie ngan Mr R nengok bola  selain stadium Paroi. Tu yang den gomar sangat siap Mr R amik cuti laie semato-mato nak tomankan den n sokong hoben jang hoben.
Terima kasih Mr R. lebiu la… hehe..

Maso den tengok bola ni jugak den dapat jumpo kakak angkat den maso sekolah technic lu. Lamo den tak jumpo dio. Lopeh sekolah sampai ni lah baru jumpo balik. Masing-masing makin mombosar.hehe..jangan marah  yo kak oi.. den pun membosar gak ni..huhu..



Walaupun game baru-baru ni Noghori vs Selangor seri , den tetap sokong noghori…. dan yang paling latest Noghori monang 2-0 Johor Fc
Den suko statement coach Azrai Khor “ I make a star” perghh terbaik la…


“ MUSUHNYA HABIS BINASA”

Tuesday, January 3, 2012

EpY NeW YeaR...

Entry baru di tahun baru. Selamat Tahun Baru.. hehe sory dear lambat wish.
So tiap-tiap tahun mesti azam yang sama, tak pernah nak berubah pun.
Kalau berubah tu pun sikit-sikit la.. tak lari mana pun..huhuhu
Azam aku nak kurus.hehe..tu yang utama la.
Tapikan  tak kurus-kurus still nak mengembang jek..huahuahuaha..

Tahun baru kali ni tepat kul 12 aku dah countdown dalam mimpi jek sebab dah penat sangat keluar dating dengan Mr R pada siangnya. Yang Mr R tak habis-habis nyesal keluar minum dengan gengnya sebab terkandas dalam jem. Hahaha tu la orang dah cakap jangan keluar..degil..haamikkkkk…

Baguskan saya tahun ni sambut tahun baru kat teratak ayahanda n bonda jek. Yela dah dapat title Tunangan orang tu yang sambut kat rumah jek.hehe..
Malam tahun aku dapat meseg yang sangat best dari Mr R.
“selamat tahun baru buat tunang ku tersayang” 
Wah..sejak-sejak ni Mr R agak romantik la..suka sangat-sangat.
Malangnye meseg tu aku dah terpadam sebab nak nak padam meseg yang lama-lama,tetiba leh tak perasan terthick skali meseg ni..emmm sedeyyyy!!!!!!!

SELAMAT TAHUN BARU… SEMOGA TAHUN NI LEBIH BERMAKNA UNTUK KITA SEMUA.
Peeaacceeeee yoowwww!!!!!!!



Friday, December 30, 2011

Gayat SeMacam...

Emmm ketidakpuasan hati betul la.. ada jek yang tak kena. Maybe bukan ni masanya yang sesuai..huhuhu dah lepas pun kejadian ni.

Situasi : dalam wayang
Masa   : tengahari kot
Movie  : suatu malam kubur berasap

Nak dijadikan cerita masa tengok movie ni, aku n mr R amik seat tepi sekali sebab tu jek seat yang ada. Elok jek kitorang duduk terdengar bunyi-bunyi bising belakang kitorang dengan ala-ala gedik. Ada la sorang minah ni tak abis-abis wat haruk kat belakang aku. Cakap tu kalau slow takpe la. Ni siap kua lagi loghat utaranya. Ayat yang aku ingat “ni boleh update kat status FB ni” pastu membe dia lagi sorang cakap “haa kang boypren aku baca mampus.mesti dia cakap aku hantar ang jauh-jauh suruh blaja bukan pergi tengok wayang” terus membe-membe diorang gelak. Nampak sangat la kan budak-budak lagi.
Yang aku tak bley blah, sebelum start wayang mesti lampu terbuka kan bagi mudah orang lain nak masuk cari seat. Yang minah utara ni tak abis-abis tanya kat membe dia yang sorang ni “pasai pa depa tak tutup lampu lagi ni” pastu membe dia cakap “movie da start baru la tutup lampu tu” haa Nampak sangat tak pernah masuk wayang kan. Patut la haruk semacam. Tetiba Mr R sebelah aku bisik “ budak kampung kalau tak pernah masuk wayang camtu la,gayat semacam” hahaha terus gelak aku macam tak caya Mr R cakap camtu sebab Mr R ni nak kutuk orang lain susah sikit maybe dah panas hati sangat la tu. Before movie start ada la iklan-iklan movie yang akan datang. Masa tu kluar iklan cerita papa I love u,kluar part si mia. Terus minah-minah belakang aku jerit “miaaaaaaaaa…..” perghhh ko ingat ni tengok kat rumah ke?? Paneh jek tlinga ni..
Hope lepas ni takde la aku jumpa lagi minah camni. Hilang mood nak tengok cerita. Huh!!!!!!! 


Monday, December 26, 2011

My E-Day

Assalamualaikum semua…  susah betul aku nak amik mood update blog ni. Baru kali aku terasa nak update cepat sebab telah berlaku peristiwa yang bersejarah dalam hidup aku. Kali ni aku nak kongsikan kejadian yang benar telah berlaku pada hari sebelum dan semasa majlis aku nak dijalankan..
Tanggal 24 disember 2011 telah diadakan tiga majlis dalam masa sehari. Tengahari majlis merisik dan pertunangan , petang selepas asar majlis cukur jambul dan malamnya kenduri doa selamat. Sehari sebelum majlis ni macam2 dugaan yang aku dapat.  Pagi 23hb tu aku pergi ke giant nilai untuk beli kek sebagai hantaran. Yang aku bengangnya aku dah beli kek kedai king dalama giant tu. Pastu belum selesai aku tulis kat kertas, pekerja kedai tu dah sibuk tulis atas kek tu dengan tulisan tak cantik dan kecik. Perghh lagi aku bengang. Aku tanya kenapa tulis kecik sangat sedangkan ada ruang nak tulis besar. Dengan selamba dia jawab “dah tulis pun kak” macam tutttttttt… selamba jek jawab camtu. Ok takpe aku cuba sabar jek. Dah la malam semalamnye aku baru sampai rumah aku tengok coklat yang aku tempah salah nama. Nama Razis jadi Rozis. Dah la beli mahal-mahal. Serius memang aku tak puas hati sebab tu aku jarang beli barang online. Tengahari razis call aku dan beritahu yang rombongan famly  dia tersangkut kat RnR Tangkak sebab van rosak. Aduhhh dugaan lagi. So aku beritahu razis apa-apa hal call aku dan sampai ke petang dalam kul  6 razis call lagi beritahu yang mak dan ayah dia kena tunggu van ganti yang datang dari johor.. perghh dah la jauh pastu nak kena tunggu lagi. Memang kecian la.. nak tak nak kena tunggu la van dari johor tu. Malam tu memang busy takyah cakap la kan. Banyak kerja nak buat. Dalam kul 12 lebih aku call razis lagi tanya keadaan famly dia camne. Kul 11 malam baru van sampai dari jauh.  Memang penat menunggu jelah.
Pada hari pertunangan aku, razis call beritahu yang famly dia datang lambat sikit sebab famly dia kena keracunan makanan. So semua kena cirit birit akibat makan nasi goreng kat RnR semalam. So masa perjalanan banyak kali berhenti. Dah la semalam van rosak dan masa majlis kena cirit birit pulak. Memang dugaan.
Walaupun banyak dugaan yang mendatang, Alhamdulillah majlis tetap diadakan dalam keadaan sederhana. Kini aku telah bertukar gelaran sebagai tunangan orang. Tunang kepada En Razis Abdullah.  Macam tak caya pulak dah bertunang.hehe. So lepas ni dah sibuk nak pikir pasal wedding pulak.  Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada famly,cousin,uncle n aunty yang banyak tolong bekerja keras semasa majlis dijalankan.  Pada kengkawan yang aku tak ajak tu insyallah kahwin nanti aku ajak dan anta kad kat korang ye..hehe.. Doakan hubungan aku dan razis akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin. 


3 beradik perempuan

ni lah coklat yang salah nama

nasib baik yang ni ok sikit walaupun ada salahnya

inilah tunang saya.. :)


Wednesday, December 14, 2011

KoRaNg BesT..!!!!!

         Ini salah satu peristiwa sebab dan penyebab aku tak dapat update N3 baru. Belum puas beraya lagi,dalam musim raya aku dah sibuk dengan Team Pencak silat. Cuti raya just seminggu je kalau boleh sebulan raya sebulan la nak cuti.haha tak dapek do..  Raya ke 7 aku da naik kerja dan bermula latihan pusat silat untuk Kejohanan Piala Timbalan Perdana Menteri  IPT. Kejohanan ni ada 2 kategori,  iaitu kategori IPT dan kategori Antarabangsa. Aku di amanahkan untuk menjadi pengurus pasukan IPT dan pasukan Malaysia. Aku terasa agak beban sikit sebab nak jaga pesilat-pesilat yang agak ramai yela  dua team memang la ramai. So aku amik assistant tuk menjadi pengurus pasukan IPT dan aku pengurus untuk pasukan Malaysia.(bukan lantik sendiri tapi coach yang lantik yek.)
          Bermula latihan pusat kerja aku makin bertambah untuk menguruskan borang pendaftaran,medical chekup dan sebagainya. Ingatkan senang jek jadi pengurus pasukan ni rupa-rupanya haaa hamik kaww haha… setiap hari aku akan balik kerja jam 11 or 12 malam sebab latihan pusat ni dari pagi sampai la ke malam. Pagi aku kerja macam biasa, habis waktu kerja aku akan turun gelanggang tengok keadaan pesilat. Agak seronok tengok pesilat membuat latihan sebab ramai. Lupa lak nak cerita yang pasukan Malaysia dipilih dari selection  yang telah dijalankan dan di sertai oleh pesilat-pesilat dari berlainan IPT. Tu yang macam-macam perangai ada. Semuanya membuat aku terhibur dan seronok. Hilang rasa penat.
           Kejohanan ini diadakan di Berjaya Times Square,memang makan masa la tuk perjalanan.  Dan di hari yang sepatutnya kami gerak jatuh pada tanggal birthday aku. Pagi-pagi bangun tido aku dapat hadiah coklat ferero roche,ntah betul ke tak aku eja tu.hehe thanz my housemate.sayang lebih la. Datang tempat berkumpul, budak-budak silat siap nyanyikan lagu birthday untuk aku.wah terharu..hahaha.. nasib baik tak kena baling ngan telur n tepung.
           Bermulalah  seminggu aku berkampung di Berjaya Times Square tapi penginapan di Kampung Baru. Cukup la seminggu aku duduk kat KL, jalan tak yah cakap la memang memanjang jem saja. Bila kejohanan da start setiap hari kitorang akan gerak jam 7.30 pagi dari kampung baru sedangkan game start jam 10.00 pagi.huhuu ni semua disebabkan jem. Seronok bila ada pertandingan, macam-macam sorakkan yang ada sampai budak-budak ni sesuka hati menukar lirik lagu. Jangan lupa lirik yeye…dan tak lupe trademark kami “emmmmmmm” (sambil senyum). J
           Di akhir hari pertandingan team Malaysia akhirnya dapat bawak balik Piala timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini dimenangi team Singapura. Alhamdulillah team Malaysia dapat 12 Emas 6 Perak 3 Gangsa. (kalau tak silap la) dan Team IPT dapat 1 Perak 4 Gangsa. Habis je game aku pun terus cuti 5hari.hahaha bayar balik hutang untuk beraya tapi tak beraya sangat pun janji dapat jumpa My love hehe. Tahniah semua!!! Aku betul-betul rindukan semasa kejohanan ini berlangsung walaupun agak penat tapi Team Malaysia n IPT, korang memang best.. Terima kasih banyak sebab bagi kerjasama yang tak terhingga dan tak lupa my coach sebab beri kepercayaan untuk memikul tugas ni.. Love u all… mmmuuuaahhh!!!!  Ok jom layan picture and video semasa kejohanan berlangsung. Ermmmm..!!!! J
wif pesilat puteri

my coach AHMAD FAIZAL @ ABG PEJA  di interview wartawan dari channel sukan arena astro.. famous derrr!!!!

i miss this moment...!!!                          

terbaikkkkk!!!!!


team pencak silat UTHM n MALAYSIA


Tuesday, October 11, 2011

RaYa..RaYa..RayA..

Assalamualaikum.. fuhh lama betul rasa nye tak jenguk n update apa-apa N3 yang sepatutnya. Rindu betul dengan blog  Ini Si dia Chenta Hatiku. Almaklumla agak busy dengan macam-macam aktiviti. Banyak juga cerita yang aku nak kongsi setelah pendam jek dalam kepala otak ni. Yang penting-penting jek aku nak ceritakan dan yang agak menarik sepanjang aku tak update blog ni Hehe…  mula-mula aku nak cerita masa aku beraya. Yela tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai seorang perkhidmatan awam. So agak meriah la sebab dapat duit raya.(bonus) tu yang best nye..hehee
Aku mula balik kampung hari jumaat lepas kerja dan aku la orang pertama yang balik rumah mak. Mak panggilan untuk nenek aku bukan bonda yek sebab bonda aku dipanggil mama. Jangan tanya kenapa sebab panjang ceritanya.huhu.. Keesokkan harinya baru lah makcik, pakcik,sepupu2,abang2 n mama ayah balik. Bila semua da balik barulah terasa meriahnya. Tahun ini turn rumah mertua. So tak la semua balik dan adik beradik famly aku yang ada famly abg ngah,aku n tira(adik). Abg long dan kakak balik rumah mertuanya. Benda yang aku paling suka buat masa nak raya ni ialah anyam ketupat. Tak semua orang reti dan tahu nak anyam tau.hehe tu yang bangga sikit.
Tahun ni pagi raya lain sikit sebab lepas solat raya terus siap-siap pergi ke rumah pakcik di muar,dekat jek ngan rumah mak. Di rumah pakcik baru kitorang bersalam-salaman n bermaaf-maafan,tak tinggal sesi photographi. Tu perkara wajib.hehe. Pastu destinasi seterusnya ke parit jamil untuk menziarahi kubur arwah atok hashim dan pergi kerumah tok andak. Tiap-tiap tahun mesti pergi. Satu hari suntuk kitorang beraya sampai la ke malam. Selalunya lepas solat raya mesti pergi rumah atok belah ayah tapi tahun ni lain sebab atok da takde(meninggal dunia) so plan tu berubah sikit tapi still lagi pergi ke rumah atok belah malamnya. Raya pertama memang tak duduk rumah la. Penat sangat-sangat k. walaupun da bekerja aku still lagi dapat duit raya ye sebab tak kahwin lagi..thank you my lovely aunty n uncle..sayang lebih la..hehehe.
Raya kedua dikampung selalunya marhaban lelaki dan raya ketiga marhaban perempuan. So memang duduk rumah jela tak kemana. Dan nak jadi cerita tahun ni raya kedua dan ketiga rumah mak tak berhenti orang datang beraya dari lepas orang marhaban sampai la ke malam. Raya ketiga pun macam tu jugak..aduhhh!!!! penatnya tak terkata. Sampaikan My lovely ngajuk la jugak sebab aku busy sangat kat dapur..huhu.. rasa macam nak uluy tapai kakai ( urut tapak kaki)!!!!…  tahun ni raya takde sangat la aku beraya. Banyak duduk kat rumah je,aku tak tahu kenapa. Maybe tahun ni last aku beraya berstatus single..next year maybe berduet???? Huhuhu..insyallah kita hanya merancang..ALLAH yang menentukan..jom cuci mata jap.. :)

wif Ayah Mama N tira. tema hijau turkois..tapi da macam biru..

sebahagian famly Hajah Sapiah yang beraya di kampung tahun ni.
wif kazen2 yang best.....
suka sangat pict ni wif ayah.. ayah style ala2 johorean..
Duit raya pertama untuk tahun ni..hehehe
amacam?? style kan kazen2 aku yang bajet encem ni..huhuhu..
iklan raya next year..model2 iklan..haha perasan lebih..

handset raya pada tahun ini. da macam kereta mainan da.. cer teka aku nya mana satu..hehe