TaK kENaL MaKA Tak CinTa..
DaH KeNaL BeLum Tentu BerCinTa..
JanGan TanGiSi PemerGiAn Yang BeLum PasTi KiTa PunYa..

KesiNamBUnGan HiDup InI BagAi TiAdA peNgHuJunGnYa..

Monday, May 16, 2011

iTs My HoLiday!!!!!!!

             Seminggu sekali aku akan update blog aku sebab apa sebab tiap-tiap minggu aku balik rumah mama. Di rumah mama line tenet laju sebab mama pakai streamyx. Itu yang aku mengupdate seminggu sekali.hehe.. 4 hari aku bercuti minggu ni. Dari hari sabtu sampai lah hari selasa. Kali ni aku balik aku terasa kepuasannya sebab aku berkesempatan berjumpa dengan My Love before My Love bercuti panjang pulang ke kampung.

            Hari sabtu jam 12.00 tengahari aku tiba di rumah. Sampai saja dirumah,mama tengah masak untuk makanan tengahari. Memang best la walaupun lauknya agak simple iaitu ikan goreng sambal dengan sayur bayam goreng. Memang sedap masakan air tangan seorang ibu. Dalam jam 2.00 petang, Abg ngah sekeluarga sampai dari Subang. So lagi meriah la rumah aku dengan ramai nya anak-anak buah yang ada. Malamnya pula aku keluar makan dengan mama,tira dan kakak serta anaknya yang 2 orang yang banyak cakap tanpa tahu erti penat bercakap.

            Hari ahad aku kena bangun awal sebab aku kena tolong mama di sekolahnya sebab ada sambutan hari ibu. So aku ditugaskan untuk mengambil kek yang telah ditempah khas di kedai kawan aku dan aku kena ambil tempahan makanan di kedai makan kawan aku juga. Tengahari aku just lepak2 di rumah dan malam nya pula its time to berlibur.hehe.. Jam 8.00 malam kawan aku Anis dan Abang yang sengal Ikhwan datang jemput aku dirumah. Kami bertiga berkaroke di My Idol Nilai. 2jam tu berkarok. Memang puas hati la. Puas jugak aku melalak lagi-lagi lagu yang rock. Aku dengan Anis main nyanyi saje walaupun tak tahu..hahaha…  elok saja aku melalak dengan Anis tetiba kawan Ikhwan lak smpai. Perghh nasib baik dah abis melalak baru kawan dia masuk,kalau tak jatuh saham.haha.. Ikhwan abg anis ni adalah seorang anggota polis so malam yang aku lepak tu semuanya dengan polis-polis. Tapi layan kan aje. Dan yang paling puas hatinya malam tu Ikhwan bukak payung besar senang cerita besar macam payung burger.haha.. karok dan Makan di payung oleh Mr Ikhwan. Terima kasih bos..!!!

                Hari isnin pun aku agak busy semacam la. Pagi ayah hantar kereta masuk bengkel untuk tukar  cermin yang  dah retak. So nak claim insurans kenalah buat report dibalai polis. Di sebabkan kereta atas nama mama so mama yang kena buat report . aku just meneman kan mama sebab sebelum ini tak pernah lagi nak buat report apa-apa. Sampai dibalai polis berdekatan, masuk-masuk saje takde orang yang sambut. Fail betul la. Pastu nasib baik ada Bro Awe kira kenal la juga. Dia yang suruh tunggu. Ok la boleh la aku dengan mama tunggu pastu mama siap duduk berdepan anggota polis yang bertugas di kaunter membuat report tersebut. Polis yang bertugas tu dah lah perempuan. Dia boleh buat tak tahu jer dengan mama. Sikit pun tak nak tegur cakap tunggu kejap ke, ada apa-apa yang boleh bantu ke..huh!! takde berbudi bahasa langsung. Macam mane la orang ramai nak hormat polis kalau macam ni la perangainya. Lepas tu kalau ada anggota lelaki mula lah nak mengedik. Perghh gedik siot. Dalam 10 minit jugak la aku dengan mama tunggu baru lah ada polis india yang ambil report mama. Di atas meja kaunter tu ada borang aduan, aku da pandang mama bagi signal. Mama cakap isi la pastu cari pen dalam beg takde pulak. Huh!! Takpe-takpe,aku ambil nombor badan anggota wanita tu. Sampai sekarang aku ingat.167236.. jangan disebabkan kau seorang semua aku benci ..kau pikir kau polis aku takut?? Silap besar la terr..hahaha… balik rumah tahu-tahu ayah dah masak. Perghh sedap seyy ayah masak udang sambal petai. Pastu mama masak ikan bawal goring cili api. Pun sedap sangat hingga menjilat jari.hehe.

                     ini la sambal udang petai yang ayah masak. sory comot sikit mangkuknye..hehee

                                           ikan bawal goreng cili api yang mama masak..sedapppppp

              Lepas zohor aku bersiap-siap nak keluar dengan Anis. Program nya nak pergi tengok kawan baik kami yang baru saja dapat baby dan seterusnya nak pergi tengok wayang cerita KONGSI. Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita kongsi walaupun bengang dengan My Love sebab dia da tengok dulu cerita tu.Huh!!..

                    anak kawan baik aku..comey sangat betul-betul ikut muka ayahanda baby ni. 

              Selasa lastday aku bercuti. So petang nya aku kena pulang Parit king. Aku balik tak keseorangan, nasib baik ada membe yang temankan. Takde la boring sangat.  Before balik sempat la aku cuci my Baby Myvi yang sekian lama tidak dicuci. Bukan pemalas tapi keadaan cuaca dan masa yang tidak mengizinkan.hehe.. Puas jugak basuh sendiri dari asyik hantar kat carwash saje. Kepuasan terpancar di muka..hehe..  Tenang hati n otak aku untuk cuti kali ni. Yang penting enjoy!!!!!!!!!

3 comments:

  1. wahh..lepak dengan abang2 polis ! haha

    ReplyDelete
  2. wei bila baca cter ni,last aku perasan mcm aku je,bila tgk gmbr bb br perasan anak sdri...haha so cue,thanks ya sbb mgelamerkan si adelia ni.

    ReplyDelete
  3. hahaha..br prasan ek.. mmg la cute cam acik die ni..hehe

    ReplyDelete